TikTok E-commerce Data Analysis Platform
Provides comprehensive data analytics of TikTok eCommerce products, influencers, and creative content that can help create popular content and discover hot sales products.
Get Started
Introduction: This is a tiktok hashtag called Originalton.
The music has now attracted more than
311.8K videos and
23.3B views. It is a very
popular content. The following is videos that related to this music.
Originalton
Views
23.3B
Videos
311.8K
Views
23.3B
Videos
311.8K
Top 50 Hot Videos (Originalton)
Putrajaya: DAP menyifatkan kehadiran Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Parti DAP 2023 hari ini sebagai sejarah baru kepada parti itu serta politik Malaysia. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, kehadiran pemimpin Umno dan BN itu juga turut mencipta sejarah tersendiri kepada perjalanan persidangan sejak parti itu diasaskan pada Oktober 1965. "Ini merupakan rekod persidangan baru sebab pertama kali dihadiri oleh Umno. Ini adalah Presiden Umno pertama yang hadir," katanya menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Parti DAP 2023 di sini, hari ini. Untuk rekod katanya, persidangan DAP sebelum ini hanya pernah dihadiri oleh bekas Presiden Umno iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. "Sebelum ini ada, tapi bekas Presiden Umno yang hadir. Tapi beliau bukan ahli Umno ketika itu. Dalam sidang medianya, beliau sebut dia kata 'saya terkejut, saya terperanjat' sebab dia kata DAP sudah ubah persepsinya. "(Dr Mahathir sebut) 'saya tak sangka pemimpin DAP berucap dalam bahasa Melayu. Dia sebut lagi, saya lagi terperanjat saya bersama mereka nyanyi lagu DAP yang liriknya Bahasa Melayu. "Saya harap bekas Presiden Umno itu tidak lupa sebab dia memang mudah lupa," katanya. Dalam pada itu beliau menegaskan, DAP sama sekali tidak pernah memusuhi mana-mana orang Melayu serta kaum lain. "Datuk Seri (Ahmad Zahid) datang sini, lihat sendiri...adakah kita ini musuh kepada Melayu? Jawapannya tidak. Kita bukan musuh kepada Melayu atau mana-mana kaum," katanya. Terdahulu, Persidangan DAP 2023 yang berlangsung hari ini mencipta sejarah apabila menjadi perhimpunan pertama dihadiri Ahmad Zahid selepas puluhan tahun kedua-dua parti menjadi seteru politik. Kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke persidangan itu adalah sebagai tetamu kehormat susulan penubuhan Kerajaan Perpaduan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Beliau hadir bersama Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. #liputan7
71.9K
707
423
Liputan 7
1 years ago
Watch More