Introduction: This is a tiktok video published by Rafidah Ibrahim. The video has now received more than 64.9K likes, 1.9K comments and 5.6K shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Sifat Wanita Solehah Allah SWT memberikan empat laluan mudah ke syurga bagi para wanita tetapi setiap syarat penuh dengan halangan dan rintangan. Wanita memerlukan mujahadah dan usaha berterusan untuk memperbaiki diri. Hanya iman yang kuat sahaja dapat membantu para muslimah mengawal nafsunya daripada terpedaya dengan pujukan syaitan. Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri. Inilah yang difirmankan Allah SWT di dalam Al-Quran: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”. (Surah Al-Mulk: 2) Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ini akan melahirkan rumahku “Syurgaku”. Pepatah orang tua, “Buang yang keruh, ambil yang jernih” amatlah baik dihayati dalam menuju ke gerbang kejayaan. Oleh itu, jangan ikut nafsu dan jejak langkah syaitan. Sebaliknya, hendaklah iaitu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Suami Tidak Mampu Dalam hal suami tidak mampu memberi kemewahan, seorang isteri perlu faham dan ingat, ajaran Islam secara khususnya meminta para isteri supaya menjadi wanita yang redha dan sentiasa bersyukur dengan pemberian suami. Sikap ini penting demi mempertahankan keharmonian sebuah rumah tangga. Apakah harta dan wang ringgit lebih penting daripada memiliki keluarga yang bahagia? Jadilah isteri yang setia bersama suami pada waktu senang atau susah. Ia menjamin ketenangan dan keharmonian rumah tangga. Info : Bayan Linnas Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil harus ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa... #rasulullah #rafidahibrahim #fidapoket #sharf #kaf #semogabermanfaat #dawah #doa #amalan #malaysia #indonesia #thailand #brunei #singapore #papua #sunnah #hadith #isterisolehah #sakinah #rahmah #mawaddah
Duration: 25 sPosted : Wed, 31 May 2023 08:13:47Views
1.2MDaily-
Likes
64.9KDaily-
Comments
1.9KDaily-
Shares
5.6KDaily-
ER
6.03%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more