Introduction: This is a tiktok video published by H315T™. The video has now received more than 7.0K likes, 476 comments and 311 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Isu seorang individu yang pernah mendakwa dirinya mendapat biasiswa NASA kembali menjadi bualan apabila ada netizen di media sosial mendedahkan bahawa lelaki terbabit kini berada di Pejabat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) sebagai felo perdana. Pernah dakwa dapat biasiswa NASA Apa yang membuatkan netizen mulai bercakap adalah beberapa kekeliruan di dalam resume dinyatakan individu berkenaan sehingga pelbagai spekulasi timbul memandangkan dia pernah tular disebabkan isu ‘scam’ biasiswa NASA. Jadi Felo Perdana di MITI? Difahamkan, ‘NASA Boy’ itu telah dilantik sebagai seorang Felo Perdana menerusi satu hantaran di Instagram Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 23 Ogos 2023. Persatuan Alumni Felo Perdana keluar kenyataan Susulan daripada itu, presiden Perdana Fellows Alumni Association, Syed Mohamed Arif mengeluarkan satu keterangan mengenai isu seorang ahli felo yang disyaki ‘menipu’ kelayakan dan pencapaiannya Dalam pada itu, Menteri MITI juga telah ambil maklum berkaitan isu tersebut dan menjelaskan bahawa agihan Felo Perdana diuruskan oleh Sekretariat Felo Perdana di Kementerian Belia dan Sukan. Akan tamatkan dari ikuti program Disebabkan pelbagai aduan serta beberapa keraguan, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan media telah menyatakan bahawa individu tersebut akan ditamatkan dari menyertai program berkenaan kerana telah melanggar terma perjanjian program. Perkara tersebut dibuat setelah semakan dilakukan keatas beberapa pencapaian yang dinyatakan menerusi resume dan sijil dikemukakan juga tidak tulen Untuk rekod, individu itu pernah mendakwa mendapat biasiswa dari The National Aeronautics and Space Administration (NASA). Kejayaan’ yang diraih itu telah menjadi topik perbualan hangat sehingga Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Khairy Jamaluddin telah mengucapkan tahniah ke atasnya. Walau bagaimanapun, dia telah mengakui bahawa perkara tersebut tidak benar selepas beberapa pihak meragui hal tersebut. Sumber: X arfdy12, PFellowsAlumni, Instagram tzafrul_aziz, kbsmalaysia #nasaboy #miti #tengkuzafrul
Duration: 21 sPosted : Wed, 13 Sep 2023 15:38:33Views
446.2KDaily-
Likes
7.0KDaily-
Comments
476Daily-
Shares
311Daily-
ER
1.75%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more