TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by Buku IBDE. The video has now received more than 13.1K likes, 187 comments and 582 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
529.6KDaily-
Likes
13.1KDaily-
Comments
187Daily-
Shares
582Daily-
ER
2.62%Daily-
Latest Videos
10 Judul Terlaris 23–29 Disember 2024 1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Ramuan Kebahagiaan 3. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 4. Salahuddin Al-Ayubi: Raja Penakluk 5. 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa 6. Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya 7. Menghidupkan Ilmu Agama (Ihya' 'Ulumuddin) Jilid 1: Kitab Ilmu 8. Menghidupkan Ilmu Agama Jilid 5: Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian 9. Gelagat dan Ragam Orang Melayu 10. Tata Dunia: Punca Perang dan Damai Sepanjang Sejarah #bukuibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #bukuislami #imamalghazali #muhammad #ilmuagama #tiktokmademebuyit
339
10
0
Buku IBDE
10 days ago
"Saya orang awam. Boleh ke saya baca Ihya' 'Ulumuddin? Senang dibaca tak?" Ihya' 'Ulumuddin dikarang oleh Imam al-Ghazali dengan sasaran untuk pembacaan orang awam. Maka dalam mengarang kitab ini, Imam al-Ghazali menggunakan laras bahasa dan susunan seperti kitab fiqh yang mudah dicerna oleh semua lapisan masyarakat. Hal ini kerana Imam al-Ghazali menekankan peri penting ilmu Muamalat sebagai jalan keselamatan di akhirat, yang meliputi penghayatan makna dan aspek kerohanian dalam perbuatan sehari-harian. Sebagai contoh, dalam Kitab Sembahyang, selain beliau menumpukan kaifiat atau kaedah bersembahyang, Imam al-Ghazali juga menekankan amalan hati untuk mencapai khusyuk dan sembahyang yang sempurna. Begitu juga dalam Kitab Zikir, Imam al-Ghazali menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir yang warid yang sememangnya mudah untuk diamalkan oleh semua orang. #bukuibde #imamalghazali #ihyaulumuddin #booktokmalaysia #malaysiamembaca #bukuislami #kitab #kitabkuning #ilmuagama
2.0K
56
12
Buku IBDE
13 days ago
Adakah Tuhan itu ada? Bolehkah kewujudan Tuhan dibuktikan? Kewujudan Tuhan ialah antara subjek yang dicermati abad-berabad. Dalam sekian banyak hujah tentang kewujudan Tuhan, tiga hujah ini dikira yang paling penting dalam sejarah falsafah. 1. Hujah teleologi Hujah ini menjelaskan sesuatu menurut matlamat atau tujuan akhirnya. Benih bercambah menjadi pohon, bintang bergerak menurut ketetapan haluan, segala benda seolah-olah bertindak berdasarkan rencana yang ditetapkan. 2. Hujah kosmologi Hujah ini paling banyak diutarakan. Kewujudan alam ini sendiri menunjukkan adanya penciptanya. Alam ini mustahil wujud dengan sendiri daripada ketiadaan. 3. Hujah ontologi (wujudi) Hujah ini dipelopori oleh St. Anselm dari Canterbury yang dipengaruhi hujah Ibnu Sina, tentang "wajib al-wujud", daripada Aristotle tentang "penggerak yang tidak digerakkan". St. Anselm mendefinisikan Tuhan sebagai "yang tidak dapat dibayangkan lebih besar daripadanya" dan ia ada dalam fikiran semua orang. Oleh sebab ia ada dalam fikiran, ia mesti ada dalam realiti. Baca lebih lanjut dalam Cetera Falsafah. #bukuibde #falsafah #philosophytiktok #booktokmalaysia #malaysiamembaca #bookrecommendations #bestbuy #godisgood #tuhan
3.1K
63
2
Buku IBDE
14 days ago
10 Judul Terlaris 16–22 Disember 2024 1. Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal 2. Memelihara Jiwa: Petua daripada Tabib Kurun ke-9 3. Ramuan Kebahagiaan 4. Renungan Metafizik 5. Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources 6. Salahuddin Al-Ayubi: Raja Penakluk 7. Perdukunan Melayu 8. Tata Dunia: Punca Perang dan Damai Sepanjang Sejarah 9. 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa 10. Ciri Pemisah antara Islam dan Zindik Selain buku terlaris Muhammad dan Memelihara Jiwa, Ramuan Kebahagiaan masih kekal di tangga ketiga. Judul lain karangan Imam al-Ghazali yang menarik perhatian pembaca termasuklah Ciri Pemisah antara Islam dan Zindik (10). Buku ini sesuai ditelaah kembali berikutan beberapa isu khilaf yang melanda beberapa minggu kebelakangan ini, sebagai mengukuhkan sikap kita. Selain itu, karya berunsur Islamik, falsafah dan sejarah Malaysia mencuri perhatian pembaca, masing-masing dengan Muhammad (edisi Inggeris; 5), Salahuddin Al-Ayubi (6) dan 40 Hadis Imam Nawawi (9); Renungan Metafizik (4) dan Tata Dunia (8 ); dan Perdukunan Melayu (7). Terima kasih para bukuwan budiman! Dapatkan terjemahan karya agung dunia di Buku IBDE. #bukuibde #ibde #malaysiamembaca #booktokmalaysia #bookrecommendations #bestbuy #tiktokmademebuyit
299
17
0
Buku IBDE
16 days ago
Rupa-rupanya ramai pemikir tersohor Eropah meminjam, terpengaruh dan mengambil ilham daripada novel Hayy bin Yaqzan karya ulama Andalusia, Ibnu Tufail. The Vital Roots of European Enlightenment: Ibn Tufayl's Influence on Modern Western Thought menyenaraikan dampak novel Hayy Ibn Yaqzan terhadap kemajuan pemikiran di Eropah. Antara tokoh yang diilhami pemikiran dalam Hayy bin Yaqzan termasuklah Albertus Magnus, Thomas Aquinas, Giovanni Pico della Mirandola, Francis Bacon, John Locke, Isaac Newton, Voltaire, dan ramai lagi. Namun, apa yang paling asasi di sebalik dampak novel ini? Semua ini menunjukkan tamadun ilmu berkembang daripada Plato dan muridnya Aristotle kepada al-Farabi, Ibnu Sina dan al-Ghazali kepada Ibnu Tufail dan anak didiknya Ibnu Rushd. Rantaian idea Plato dan Aristotle ini membantu mencambah pemikiran tentang hakikat ilmu, kebenaran, alam dan Tuhan hingga dunia Arab/Timur Tengah dan Eropah dapat bangkit. Hakikatnya, ilmu dan sains tidak terikat di satu lokasi dan di dalam ruang vakuum. #bukuibde #ibde #novel #falsafah #philosophytiktok #enlightenment #renaissance #malaysiamembaca #booktokmalaysia #CapCut
1.1K
31
0
Buku IBDE
22 days ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more