Introduction: This is a tiktok video published by AnaMuslimah.Co. The video has now received more than 84 likes, 2 comments and 14 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Ulama mazhab asy-Syafi‘e berpendapat bahawa membaca surah al-Fatihah pada setiap rakaat hukumnya adalah wajib ke atas orang yang bersembahyang sama ada imam Munfarid (orang yang sembahyang sendiri) mahupun makmum menurut pendapat yang paling sahih sama ada dalam sembahyang sirriyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara perlahan) mahupun sembahyang jahriyyah (sembahyang yang bacaannya dibaca secara nyaring). Adapun bagi orang yang masbuk pula, hukumnya tetap wajib baginya membaca al-Fatihah sekadar apa yang sempat dibacanya sebelum imam rukuk. Akan tetapi jika imam sudah rukuk, maka tidaklah perlu baginya untuk membaca surah al-Fatihah lagi, kerana bacaan surah al-Fatihah tersebut ditanggung oleh imam dan dikira baginya rakaat tersebut sebagai satu rakaat, Dengan syarat makmum yang masbuk itu mestilah sempat thuma’ninah bersama imam ketika rukuk. Bacaan surah al-Fatihah bagi makmum juga ditanggung oleh imam jika ✅ Makmum itu tidak mempunyai kesempatan membacanya ataupun tidak mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskannya semasa qiyam imam (sebelum imam rukuk). ✅ Sama ada kerana bacaan atau pergerakannya yang lambat, misalnya ketika bangun dari sujud, imam sudahpun rukuk kembali kerana pergerakan makmum yang lambat, ✅ Ataupun terlupa bahawa dia sedang bersembahyang atau ragu-ragu adakah dia sudah membacanya ataupun belum sedangkan imam sudahpun rukuk. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari ‘Ubadah Radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لمَ ْيَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ. (رواه البخاري ومسلم) Maksudnya: Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah al-Kitab (surah al-Fatihah). (Hadits riwayat Imam Bukhari dan Muslim) #sebarkankebaikan #kebaikanbersama #sebarkandakwah #dakwahislami #dakwahbersama #ilmuagama #ilmubermanfaat #ilmubersama #perkongsianilmu #islamicreminders #islamdaily #islamicpost #videoislami #ceramahustaz #ceramahustazah #seo #searchengineoptimization #ustazazharidrusofficial #asasfardhuain #asasfardhuainwajib #ilmufeqah #surahalfatihah #wajibbaca #rukunqauli #rukunsolat #bacaandalamsolat
Duration: 71 sPosted : Thu, 26 Oct 2023 07:48:57Views
3.3KDaily-
Likes
84Daily-
Comments
2Daily-
Shares
14Daily-
ER
3.05%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more