TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by AbgMan Khatib 🇲🇾. The video has now received more than 47 likes, 0 comments and 1 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Reunion setelah 47 tahun meninggal bangku Sekolah di SMK Green Road Kuching. Turut hadir YB Datuk Ibrahim Baki Adun N8 Satok, yg merupakan antara penuntut Tingkatan 5, 1976 sudi bersama meraikan rakan2 persekolah beliau semalam. #ReunionDinner #smkgreenroad
Duration: 87 sPosted : Sat, 16 Dec 2023 05:42:30Views
1.6KDaily-
Likes
47Daily-
Comments
0Daily-
Shares
1Daily-
ER
3.00%Daily-
Latest Videos
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah individu yang dinamakan sebagai calon Yang Dipertua Dewan Negara berikutan kematian penyandangnya Datuk Mutang Tagal pada 10 Mei lepas adalah ramai. Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan. "... baru kita kemukakan nama untuk perbincangan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Pada pertemuan itu, Abang Johari serta pemimpin kanan negeri turut membincangkan keputusan dasar agar ia dapat dilaksana dengan lebih berkesan serta memastikan hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak. Terdahulu, Anwar merasmikan kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bertema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' yang dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara iaitu Kemboja, Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, Brunei, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Kuwait serta Perancis. HAWANA 2024 adalah perhimpunan terbesar wartawan Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak manakala Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) adalah agensi pelaksana. -- BERNAMA #Speaker #dewannegara #calon #Madani #PMX #sarawaktiktok #gabunganpartisarawak
576
15
0
AbgMan Khatib 🇲🇾
6 months ago
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan pertuduhan menghasut yang dihadapinya. Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan, untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan bersuara (mengeluarkan kenyataan) itu. "Perintah larangan bersuara yang dipohon pihak pendakwaan adalah dibenarkan setakat responden (Wan Muhammad Azri) tidak membuat sebarang komen atau hantaran berkaitan dengan pertuduhan sehingga kes ini selesai," katanya. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh berkata perintah larangan itu penting bagi menghalang kekecohan berlaku, akibat komen yang dikeluarkan menyentuh mengenai pertuduhan yang dihadapi tertuduh. "Sebelum keadaan kecoh, kami membuat permohonan larangan bersuara kerana pihak yang terlibat dalam kes ini ialah Yang di-Pertuan Agong dan baginda tidak membuat sebarang komen dalam media sosial," katanya. Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mewakili Wan Muhammad Azri memohon agar semakan itu ditolak, kerana permohonan tersebut tidak menyatakan butiran terperinci berhubung kesannya kepada ketenteraman awam jika larangan bersuara tidak dikenakan terhadap anak guamnya. Bekas Exco Pemuda UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Bukit Bintang, di sini pada pukul 12 tengah hari, 29 April. Pertuduhan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama itu, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -- BERNAMA #Papagomo #trending #nocomment #fypage
1.4K
19
0
AbgMan Khatib 🇲🇾
6 months ago
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang memfailkan afidavit, menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 supaya bekas perdana menteri itu, menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu. Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co. Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh. Dalam notis permohonan itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024. Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah. Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022. Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. - Sinar Harian #DSN #najibrazak #umno #TahananRumah #bossku #SRC #1MDB #kerajaanperpaduan
1.7K
62
4
AbgMan Khatib 🇲🇾
6 months ago
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya belum menerima notis pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan. “Kalau tak silap saya, masih belum lagi kita terima (notis). "Baru-baru ini, ada perbincangan antara pegawai penyiasat saya dengan pihak peguam untuk undang-undang dari segi tempoh bermula dia perlu isytihar. “Itu saya serahkan kepada peguam penyiasat saya,” katanya ketika sidang media majlis menandatangi Laporan Penambahbaikan Tatakelola Penyelarasan dan Pengurusan Aset Tenaga Elektrik di Malaysia di di Pusat Konvensyen Leo Moggie, pada Isnin. Pada 26 April media melaporkan, SPRM sekali lagi memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi dua anak Mahathir mengisytiharkan harta milik mereka. Pada 18 Januari lalu, kedua-dua ahli perniagaan itu diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009. Dalam pada itu, media turut melaporkan bahawa Mokhzani juga disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. -Sinar Harian #SPRM #PHBN #PN #PEJUANG #fypシ゚viral
401
13
3
AbgMan Khatib 🇲🇾
6 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more