Introduction: This is a tiktok video published by Princess^Azalea. The video has now received more than 7 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Awal-awal jumpa memang dah ada aura negatif ni Si Nadim ni. Tasnim pun sedar tapi sebab Haura, dia hadap jugak. 🍒“Mama... kenapa uncle ni marah-marah mama?” tanya Haura tiba-tiba. Petah kata-katanya. Pertanyaan Haura itu mematikan kata-kata Nadim. Daripada Tasnim, matanya jatuh tepat pada wajah kecil yang juga putih seperti Tasnim. Rambut yang bergulung-gulung cantik nampak begitu sempurna. Sedikit memukau matanya. “Uncle ni sakit Haura. Maafkan dia, okey?” “Sama macam papa?” “Ya, sayang...” “Uncle ni pun akan mati macam papa ke mama?” Mati macam papa? Entah kenapa, sebak bergulung-gulung dalam hati Tasnim. Entahkan Haura faham, entahkan tak makna mati itu. Tapi sungguh, dia belum bersedia untuk melepaskan Adib. Tapi kalau sudah begitu kehendak takdir, tak juga dia mampu menolak. Ya... Allah, kuatkanlah hatiku ini, demi Haura. “Uncle ni akan mati macam papa?” ulang Haura sekali lagi. Tasnim angguk laju. Sedikit pun dia tak menjeling Nadim. Lantaklah lelaki itu hendak marah atau berfikir apa saja, yang dia tahu dia mahu Haura berhenti menyebut perkataan mati. Lalu, Haura menarik tangannya yang dipegang Tasnim. Dengan kaki kecilnya, dia melangkah setapak dua menghampirkan Nadim. Kemudian dia menyentuh tangan kanan Nadim. “Uncle sakit?” tanya Haura dalam suara yang sangat polos. Nadim terpanar. Hatinya berdebar-debar dalam diam. “Uncle sakit kat mana?” Nadim tetap diam. Tak tahu hendak membalas apa. Ditakdirkan Adib benar-benar pergi, anak ini macam mana? Terus dia terlupa akan kemarahannya pada Adib yang kemudian dilepaskan pada Tasnim sebentar tadi. “Uncle makan ubat tau. Mama kata, kalau makan ubat nanti tak jadi mati. Haura jumpa papa nanti Haura nak suruh papa makan ubat. Papa tak boleh mati. Nanti Haura jadi anak yatim. Haura tak nak.” Setitis air mata Tasnim gugur juga tanpa pengetahuan Haura. Namun bila air matanya bagaikan tak dapat diempang lagi, dia berpaling membelakangi Nadim dan juga Haura. Hatinya di dalam pecah berkeping-keping! #nadim #lelakitanpahati #aleyaaneesa #ebook #ebooktiktok #ebookmelayu #ebookrecommendations #ijjalyzabookstore
Duration: 8 sPosted : Sun, 17 Dec 2023 02:25:09Views
159Daily-
Likes
7Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
4.40%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more