Introduction: This is a tiktok video published by Faizalsaedon. The video has now received more than 18.3K likes, 343 comments and 1.9K shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Perkongsian pengalaman bagaimana saya amalkan 5 tips makan yang membolehkan saya hilang 65kg. ianya tidaklah teknikal dengan perkiraan kalori atau bab-bab saintifik. INSYAALLAH , ianya mudah ditiru oleh mereka yang baru nak mula usaha turunkan berat badan. Penurunan berat badan banyak bergantung kepada apa yang kita makan dan bukan sepertimana kepercayaan karut bersenamlah yang menyebabkan berat badan turun. Jadi cuba faham dan amalkan tips yang saya berikan dibawah. 1. Makan seperti biasa tapi jangan bertambah. - kalau selama ni kalian makan nasi yang banyak, lauk seketul dan tiada sayur, makan macam tu juga untuk fasa ni, cuma jangan bertambah. Cukup makan sepinggan sahaja. 2. Jika kalian jenis makan tak bertambah, cuba kurangkan sesenduk nasi dulu. Jangan drastik terus tak makan nasi. 3. Makan Secara Perlahan-lahan. - Ini dapat memastikan kalian cepat kenyang. Cuba cek jangka masa makan sepinggan anda sekarang. Kalau makan burger tak sampai 5 minit habis. 4. Kurangkan Karbohidrat dan makanan terproses. - perlahan lahan kurangkan pengambilan karbohidrat, seperti nasi, roti, mee dan lain lain. Kurangkan, bukan berhenti. - makanan terproses juga kurangkan, perasa, kicap, sos, nugget, sosej dan lain lain. Lebihkan makan makanan dari sumber semula jadi.. 5. Amalkan Pinggan Sihat Saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (Suku Suku Separuh) Ya ianya satu amalan mudah dan nampak simple jea. Tapi percayalah kalau buat impaknya sangat besar. Buat tips ini dulu untuk step pertama usaha penurunan berat badan kalian. Jika 5 tips ini berjaya dilaksanakan, insyaallah step seterusnya akan jadi lebih mudah. #misiubah #jommula #ubahtabiat #motivasikurus #beatthemalas #faizalsaedon #tipspemakanan #tipsturunkanberatbadan #tipskurus #nakkurus
Duration: 0 sPosted : Wed, 20 Dec 2023 03:58:31Views
453.3KDaily-
Likes
18.3KDaily-
Comments
343Daily-
Shares
1.9KDaily-
ER
4.53%Daily-
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more