Introduction: This is a tiktok video published by Malaysian Update. The video has now received more than 983 likes, 26 comments and 30 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Seorang pelajar Tingkatan 3 dan dua rakan akan dituduh di mahkamah Melaka hari ini selepas menipu ibu kononnya ditahan 'polis' dan memerlukan RM25,000 untuk melepaskannya selepas menghilangkan diri dari rumah sejak 27 November lalu. Lebih menyedihkan wang hasil penipuan licik itu adalah simpanan Tabung Haji wanita terbabit. Ia habis dibelanjakan suspek untuk berjoli termasuk di Genting Highlands. Wanita itu kemudiannya membuat semakan pada 1 Disember lalu di Balai Polis Seremban dan terkejut mendapati tiada sebarang tangkapan dibuat atas nama anaknya. Mangsa yang menyedari tertipu buat laporan dan anak serta dua kawan yang menyamar polis ditangkap-OCPD Alor Gajah Azri Zulhusni Nodin, 29, dan dua remaja bawah umur (termasuk anak mangsa)masing-masing berumur 17 dan 15 tahun mengaku tidak bersalah perdaya Noor Aishah Mohamad, 58, untuk menyerahkan wang tunai RM25,000 bagi urusan melepaskan orang dalam tahanan yang tidak wujud. Mangsa bukan ibu kandung kepada pelajar berkenaan tetapi ibu angkat. Namun kerana sayangkan anak angkatnya itu, Noor Aishah sanggup keluar simpanan dalam akaun Tabung Haji untuk 'melepaskan' pelajar itu yang kononnya ditahan polis. -Pelajar 15 baju kemeja hitam Kredit : x@redzuannewsMPB #malaysianupdate #malaysianupdatenews #malaysianupdateofficial #mahkamah #fyp
Duration: 0 sPosted : Sat, 20 Jan 2024 01:37:11Views
30.9KDaily-
Likes
983Daily-
Comments
26Daily-
Shares
30Daily-
ER
3.36%Daily-
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more