Introduction: This is a tiktok video published by Puteri Amni Barbie ⚯͛. The video has now received more than 5.2K likes, 126 comments and 32 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Alhamdulillah mendapat Bronze Award dalam Pameran Fesyen 2024 : Royal Sovereign & Multiverse Fashion Exhibition (Cheongsam) Gambar pakaian-pakaian tempat pertama, kedua dan ketiga ada di part last. Siapa tengok video ni sampai habis komen 🙈 Amni menjahit Cheongsam berinspirasikan Royal Tang Dynasty. Memandangkan Amni mahu mengekalkan rupa Cheongsam yang kini lebih moden, Amni masukkan sedikit elemen-elemen tang di atas garis dada cheongsam tersebut.. Dinasti Tang ialah dinasti yang paling kuat dan kaya dan merupakan dinasti yang gilang-gemilang dalam sejarah China. Sebab itulah pakaian yang Amni hasilkan penuh dengan kemewahan. Amni jahit sendiri manik-manik dan chinese knots tersebut… Wanita pada dinasti ini menjadi ikutan orang ramai dan ada kecenderungan gelombang fesyen pada sesuatu masa. Mereka merevolusikan ilmu estetik dan pakaian. Pakaian perempuan pada dinasti Tang mempunyai keistimewaan yang jelas dan tegas dan mempengaruhi seni pakaian untuk generasi yang seterusnya. Pakaian wanita pada dinasti Tang seperti ‘ketua pakaian’ dalam kebudayaan pakaian di China. Bahan pakaian yang dipilih adalah bermutu dan bagus, bentuknya anggun dan bermartabat, penghiasannya elok dan megah. Bentuk pakaian dinasti Tang masih mewarisi bentuk pakaian pada dinasti Han, tetapi oleh kerana dinasti Tang melaksanakan dasar yang berkembang, pakaian dipengaruhi oleh seni kebudayaan kaum minoriti arah utara dan daerah barat telah membentuk sistem pakaian yang khas dan mempunyai ciri istimewa. Bentuk pakaian dinasti Tang selalu memberikan satu kesan yang gemerlapan dan kaya kepada orang yang memakainya. Pada masa itu, pakaian wanita pada dinasti Tang menjadi pakaian yang paling berani dalam sejarah kuno China. Alhamdulillah Amni percaya bahawa melakukan yang terbaik tanpa menghawatirkan hasil yang akan didapatkan adalah kemenangan sejati. ❤️ Ini adalah subjek fesyen terakhir. Semester hadapan Amni sudah tak belajar rsubjek fesyen. Oleh sebab itulah Amni letak usaha (efforts) yang tinggi buat terakhir kali ini.
Duration: 60 sPosted : Wed, 24 Jan 2024 10:51:44Views
84.2KDaily-
Likes
5.2KDaily-
Comments
126Daily-
Shares
32Daily-
ER
6.31%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more