Introduction: This is a tiktok video published by H315T™_🇵🇸. The video has now received more than 831 likes, 73 comments and 69 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi telah mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila dikhabarkan sudah berumah tangga tanpa kebenaran. Marissa dan Aslam didakwa nikah 17 Disember lalu tanpa pengetahuan keluarga dan juga isteri pertama lelaki itu. Memetik laporan dari Mstar, ada sumber mendakwa yang ibu bapa Marissa atau nama sebenarnya, Marissa Dania Hakim Mohamed Nurhakim, 19 tidak merestui perkahwinan tersebut dan mahukan mereka berpisah. “Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan minta mereka berpisah. “Bagaimanapun Aslam dan Marissa tidak dapat terima cadangan itu dan enggan berpisah seperti diminta,” katanya. Menurut sumber itu lagi, Marissa & Aslam didakwa nikah 17 Disember lalu di Thailand sewaktu isteri pertama lelaki itu, Misya Mazlan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Aslam dan Misya yang bercerai pada September tahun lalu telah kembali rujuk sekitar Oktober sebelum Marissa dipercayai mengajak lelaki itu berkahwin selepas itu. “Mereka bernikah pada 17 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya. “Aslam juga sudah memberitahu Misya dia dan Marissa mahu berkahwin. “Marissa yang mengajak mereka berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu,” kata sumber Kehadiran semula anak pasangan selebriti itu telah membuatkan hubungan lelaki itu serta isteri pertama kembali goyah dan tidak seperti dahulu walaupun masih bergelar suami isteri yang sah. “Misya dan Marissa kini bermadu. Hubungan Aslam dengan isteri pertama juga tidak seperti sebelum kehadiran orang ketiga,” katanya. Setakat ini, dakwaan-dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan tiada sebarang pengakuan daripada mana-mana pihak berhubung isu tersebut. Untuk rekod, kontroversi melibatkan Marissa Dania yang dipercayai menyondol rumah tangga satu pasangan telah didedahkan di media sosial apabila isteri kepada lelaki berkenaan memuat naik hantaran di laman X. Selepas isu tersebut tular, anak kedua kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu telah memuat naik pengakuan berhubung isu tersebut. Difahamkan, remaja terbabit juga tidak lagi mengikuti ibu bapanya di media sosial dan menutup ruangan komen di Instagram serta aplikasi TikTok. Sumber: Mstar #marissa #aslam #marissaaslam #kawindithailand #binino2 #abbyabadi #normanhakim #bermadu
Duration: 15 sPosted : Thu, 08 Feb 2024 03:08:52Views
299.3KDaily-
Likes
831Daily-
Comments
73Daily-
Shares
69Daily-
ER
0.33%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more