Introduction: This is a tiktok video published by H315T™_🇵🇸. The video has now received more than 108 likes, 18 comments and 6 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Pempengaruh yang juga model, Marissa Dania Hakim mengaku dirinya seorang ‘introvert’ iaitu pemalu dan lebih selesa melakukan banyak perkara secara bersendiri. Marissa Dania, 19, yang juga anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi membuat pengakuan tersebut ketika disoal mengenai perwatakan dirinya. Menerusi video dimuat naik, pempengaruh berusia 19 tahun itu dilihat sedang ditatarias sebelum disoal tentang dua perkara mengenai dirinya. “Marissa seorang yang introvert atau extrovert?”soal individu tersebut sebelum Marissa menjawab ringkas dirinya seorang introvert. Marissa kemudiannya ditanya mengenai pekerjaan atau kerjaya yang akan diceburinya jika dia bukanlah seorang pempengaruh. Jawabnya, dia amat meminat dunia perniagaan dan berkemungkinan akan menjalankan bisnes seandainya tidak bergelar pempengaruh seperti sekarang ini. “Marissa minat bisnes. Kalau saya tak jadi influencer (pempengaruh), mungkin saya akan menjalankan perniagaan,”katanya. Video yang kini mendapat lebih daripada 400,000 tontonan telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Mereka seolah-olah mempersoal mengenai jawapan yang diberikan oleh Marissa Dania apabila mendedahkan dirinya seorang ‘introvert’. Ini kerana ramai dalam kalangan warganet tidak percaya anak kepada pasangan selebriti itu benar-benar ‘introvert’, terutama namanya menjadi bualan dan didakwa sebagai ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga seseorang. Tidak kurang juga ada yang mengatakan seseorang yang mempunyai perwatakan ‘introvert’ tidak akan mengganggu suami orang, lebih-lebih lagi berani berkomunikasi dengan lelaki. Warganet juga dilihat meninggalkan komen sarkastik terhadapnya selepas tular kontroversi pempengaruh itu berkahwin di Songkhla, Thailand baru-baru ini dengan suami orang bernama Aslam. Dalam pada itu, warganet juga tidak menafikan pempengaruh itu sememangnya cantik seperti ibunya, Abby Abadi yang juga seorang pelakon dan usahawan. Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan Marissa & Aslam bernikah 17 Disember lalu di Thailand sewaktu isteri pertama lelaki itu, Misya Mazlan berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah. Aslam dan Misya yang bercerai pada September tahun lalu telah kembali rujuk sekitar Oktober sebelum Marissa dipercayai mengajak lelaki itu berkahwin selepas itu. Untuk rekod, kontroversi melibatkan Marissa Dania yang dipercayai menyondol rumah tangga satu pasangan telah didedahkan di media sosial apabila isteri kepada lelaki berkenaan memuat naik hantaran di laman X. Selepas isu tersebut tular, anak kedua kepada Norman Hakim dan Abby Abadi itu telah memuat naik pengakuan berhubung isu tersebut. Difahamkan, remaja terbabit juga tidak lagi mengikuti ibu bapanya di media sosial dan menutup ruangan komen di Instagram serta aplikasi TikTok. Kini, Marissa mahupun Misya yang dikatakan sudah bermadu itu ligat memenuhi undangan sebagai model bagi beberapa produk jenama tempatan. Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab Sumber: lovaacosmetics.hq #marissa #marissadania #marissaaslam #introvert #viral
Duration: 25 sPosted : Sat, 17 Feb 2024 13:34:25Views
40.0KDaily-
Likes
108Daily-
Comments
18Daily-
Shares
6Daily-
ER
0.33%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more