Introduction: This is a tiktok video published by Rafidah Ibrahim. The video has now received more than 11.8K likes, 124 comments and 255 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Berdasarkan mazhab Syafi’i dan sebahagian mazhab hukumnya batal wudhu’ tersebut dan hendaklah mengambil semula wudhu’. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Busrah binti Sofwan R.anha, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ Maksudnya: “Sesiapa yang menyentuh kemaluannya, maka berwudhu’lah” Riwayat Abu Dawud (181), al-Nasaie (163), Ibn Majah (479) Syeikh Abd al-Muhsin al-‘Abbad mengatakan dalam syarahnya bagi Sunan Abu Dawud: “Imam Abu Dawud menyatakan ‘Bab berwudhu’ bagi sesiapa yang menyentuh zakarnya (kemaluannya)’, iaitu adakah membatalkan wudhu’ ataupun tidak. Dalam terjemahan bagi hadith-hadith yang dinyatakannya adalah menyentuh tanpa lapik, manakala jika disentuh dengan berlapik, maka sentuhan tersebut tidak memberi kesan wudhu’nya. Beliau menyatakan hadith Busrah binti Sofwan R.Anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa yang menyentuh kemaluannya, maka berwudhu’lah’. Hal ini menunjukkan bahawa menyentuh kemaluan membatalkan wudhu’ dan dia mestilah mengambil wudhu’ semula, sama ada dia memegangnya dengan syahwat ataupun tidak, kerana sabda baginda SAW bersifat mutlak, dan hal ini menunjukkan menyentuh kemaluan membatalkan wudhu’. (Lihat Syarh Sunan Abi Dawud, 30/14) Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil harus ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa... #rasulullah #rafidahibrahim #fidapoket #rawfeedhhijab #sharf #kaf #semogabermanfaat #dawah #doa #amalan #malaysia #indonesia #thailand #brunei #singapore #papua #sunnah #hadith #batalwudhuterpegangkemaluan #wudhu
Duration: 21 sPosted : Sun, 18 Feb 2024 07:42:24Views
488.0KDaily-
Likes
11.8KDaily-
Comments
124Daily-
Shares
255Daily-
ER
2.50%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more