Introduction: This is a tiktok video published by Rafidah Ibrahim. The video has now received more than 6.6K likes, 165 comments and 119 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Sabda Nabi SAW secara zahir adalah tentang kecaman terhadap mereka yang meninggalkan kemahiran memanah selepas daripada mempelajarinya. Faktor kecaman tersebut kerana mereka yang mempelajari kemahiran memanah setelah memperolehi kemampuan untuk mempertahankan agama Allah, memanfaatkan kemahiran tersebut dan juga mengalahkan musuh-musuh. Maka jelas daripada tanggungjawab tersebut dia mesti menjalankan tanggungjawab untuk berjihad. Apabila dia meninggalkan kemahiran tersebut sehingga melemahkannya maka hilanglah kemampuannya untuk berjihad, atas sebab inilah dia dicela. (Rujuk al-Kaukab al-Wahhaj Syarh Sahih Muslim, 20/282) Berdasarkan syarahan ulama terhadap hadis ini jelas bahawa kecaman tersebut kerana ketidakmampuan seseorang menjalankan tanggungjawab jihad atas sebab kemahiran memanah yang ditinggalkan tanpa alasan munasabah. Akhirnya akan menyebabkan agama Islam kalah kerana tidak mempunyai kekuatan ketenteraan yang cukup untuk melawan pihak musuh. Jika diperhatikan dalam konteks semasa setiap negara telah mempunyai organisasi yang khusus untuk mempertahankan negara daripada segala ancaman musuh seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain. Sedangkan di zaman awal kerajaan Islam tidak mempunyai organisasi khusus dalam hal ketenteraan dan sebagainya. Oleh itu, wajar amaran sebegini disebutkan oleh Nabi SAW kerana bagi mengelakkan sebahagian orang Islam daripada mempersia-siakan kemahiran yang telah mereka pelajari dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan agama Allah dan untuk menguatkan kekuatan tenaga fizikal umat Islam dalam medan pertempuran. Kesimpulan Hadis ini merupakan hadis yang sahih. Kecaman tersebut dinyatakan oleh Nabi SAW kerana untuk mengelakkan sebahagian orang Islam daripada mempersia-siakan kemahiran yang mereka telah pelajari dalam melaksanakan tanggungjawab mempertahankan agama Allah dan untuk menguatkan kekuatan tenaga fizikaK umat Islam dalam medan pertempuran. Salam sahabat yang dikasihi. pertanyaan hukum dan dalil selayaknya ditanya pada Ulamak/ustaz/guru. Merekalah tempat sebenar benar rujukan. Artis/selebriti/influencer sekadar mencetus minat anda untuk mendalami sesuatu. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.. Rapatkan saf bersama para ulama dan Asatizah. Andai terasa kata di hati Mohon maaf sepuluh jari Fida juga pendosa... #rasulullah #rafidahibrahim #fidapoket #rawfeedhhijab #sharf #kaf #semogabermanfaat #dawah #doa #amalan #malaysia #indonesia #thailand #brunei #singapore #papua #sunnah #hadith #memanah
Duration: 6 sPosted : Fri, 08 Mar 2024 17:46:48Views
150.3KDaily-
Likes
6.6KDaily-
Comments
165Daily-
Shares
119Daily-
ER
4.57%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more