Introduction: This is a tiktok video published by H315T™_🇵🇸. The video has now received more than 58.7K likes, 2.9K comments and 13.1K shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Tular di laman sosial memaparkan seorang anggota askar berpangkat Lans Koperal bertindak memkul isterinya sehingga mengalami kecederaan telah menjadi bualan hangat ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, dia berkongsi sebuah video yang menjadi bukti kepada perbuatan kejam lelaki terbabit yang tmpar isterinya di sebuah kediaman. Suspek yang dikenali sebagai Lans Koperal Ashraf itu adalah salah seorang anggota daripada unit 10ssb Para Kem Terendak, Melaka. Dalam video tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Adila Azmi sempat merakam perbuatan suspek dan mangsa telah pergi ke balai polis di bahagian siasatan Jenayah Sksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membuat laporan polis. Beberapa keping gambar turut disertakan dalam hantaran terbabit yang menjadi bukti kepada mangsa telah didera dengan mengalami kesan kecederaan di bahagian badan. Terdapat juga foto suaminya dengan orang ketiga dan tangkap layar perbualan mesej antara mangsa bersama wanita itu yang menganggu perkahwinannya. Sementara itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Atikah Ezireen yang merupakan sahabat kepada mangsa mendedahkan Lans Koperal terbabit menjalin hubungan sulit bersama kawan baik kepada isterinya sendiri sekitar tahun 2020 dan 2021. Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, mangsa menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana telah membantunya berkongsi video terbabit kepada umum. Malah, rata-rata netizen bengang dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak berperikemanusiaan terhadap isterinya malah, lebih mengutamakan perasaan wanita lain. Sehubungan itu, ramai berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tertib sewajarnya terhadap lelaki tersebut yang secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik Tentera Darat Malaysia. Sumber: X naqiahhhh #suamiisteri #askar #viral #tenteradarat #uniform
Duration: 20 sPosted : Fri, 22 Mar 2024 04:10:00Views
1.3MDaily-
Likes
58.7KDaily-
Comments
2.9KDaily-
Shares
13.1KDaily-
ER
5.74%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more