Introduction: This is a tiktok video published by KIAMAT IKLIM. The video has now received more than 25 likes, 1 comments and 15 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Selepas seharian menahan dahaga dan lama, berbuka puasa menjadi salah satu nikmat bagi yang berpuasa dan apa yang pasti, rata - rata menginginkan sesuatu yang menyegarkan sebagai juadah berbuka. Salah satunya ialah, air sejuk atau pun minuman berais yang pastinya menjadi pilihan orang yang berpuasa. Namun begitu, tanpa sedar ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan manusia dan ini antara sebabnya. 1. Pencernaan Lemak Lemak terdiri daripada 2 kompaun iaitu gliserol dan asid lemak yang bergabung menjadi trigliserida. Disebabkan trigliserida bersifat takut kepada air (hydrophobic), ini membuatkannya tidak larut di dalam air. Sedangkan enzim lipase yang digunakan untuk menguraikan lemak tersebut adalah jenis yang larut dalam air sahaja. Badan menangani keadaan ini dengan merembaskan garam hempedu yang akan membuatkan gumpalan lemak tadi pecah menjadi gumpalan yang kecil yang akan meningkatkan luas permukaan untuk enzim lipase menguraikan lemak tersebut. Ketika diuraikan menjadi gliserol dan asid lemak, barulah ia akan diserap oleh dinding usus dan akan dibawa ke seluruh anggota badan yang lain untuk digunakan sebagai tenaga ataupun tempat penyimpanan tenaga seperti lemak. 2. Menambahkan Berat Badan Pengambilan air sejuk semasa puasa menyebabkan pembekuan lemak yang ada dalam darah. Ini mengakibatkan peredaran darah menjadi tidak lancar. Apabila peredaran darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Keadaan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika selesai makan dan mengambil minuman sejuk, air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan mengganggu proses pencernaan. Kesannya perut boleh menjadi buncit. 3. Risiko Kerosakan Buah Pinggang Pengambilan air sejuk dan air bergas semasa Ramadan tidak merosakkan buah pinggang. Sebaliknya jika anda sering mengambil air bergas semasa puasa mungkin akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang pada bulan-bulan Ramadan akan datang kerana air bergas mengandungi kandungan gula yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan air bergas meningkatkan risiko kencing manis dan menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh itu, untuk mengelakkan gangguan kesihatan sepanjang Ramadan, biasakan meminum air putih yang tidak sejuk terlebih dahulu dan kemudiannya makan makanan manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil. Minum air panas pun banyak manfaatnya Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana cukup baik diamalkan. sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut. Mengeluarkan toksin dari tubuh Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit. Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suami dan minum setiap pagi. Melancarkan pernafasan Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan. Mengurangkan rasa sakit Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi. Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu .
Duration: 0 sPosted : Sat, 23 Mar 2024 06:31:06Views
10.9KDaily-
Likes
25Daily-
Comments
1Daily-
Shares
15Daily-
ER
0.38%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more