TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by Hub Buku. The video has now received more than 58 likes, 1 comments and 8 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
330Daily-
Likes
58Daily-
Comments
1Daily-
Shares
8Daily-
ER
20.30%Daily-
Latest Videos
"Mintalah, Nescaya Aku Kabulkan" mengungkapkan rahsia doa sebagai jalan menuju keberkatan dan ketenangan. Setiap halaman membawa pembaca mendalami keindahan hakikat doa, dengan panduan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Perbincangan tentang adab berdoa, doa-doa pilihan, serta hikmah di sebalik ujian menjadi inti pati karya ini. Buku ini menyerlahkan peranan doa sebagai senjata yang memperkuat keimanan dan membimbing kehidupan ke arah yang diredhai. Dengan bahasa yang ringan dan mesej yang menyentuh hati, naskhah ini sewajarnya menjadi teman bagi setiap insan yang mencari panduan. #doa #ibadah #amalan #mintalahnescayaakukabulkan #ustazkab #ustazkhairulanuarbasri
3.0K
47
8
Hub Buku
28 days ago
*SANGAT SUKA MAKAN* Penyebab kejahatan paling awal Sifat sangat suka makan adalah sebahagian dari punca terjadinya segala kejahatan kerana perut adalah punca terhasilnya segala keinginan (syahwat) termasuklah keinginan kemaluan (untuk melakukan zina). Apabila nafsu makan dan nafsu untuk melakukan persetubuhan semakin kuat, ia akan membawa kepada keinginan untuk mendapatkan harta kerana kedua-dua keinginan tadi tidak mungkin dapat ditunaikan melainkan jika ada harta. Keinginan kepada harta pula seterusnya akan membawa kepada keinginan kepada kemegahan (atau sanjungan seperti mempunyai pangkat, jawatan atau kedudukan) kerana sukar untuk mendapatkan harta melainkan dengan kemegahan tadi. Kemudian, apabila dia berusaha mendapatkan harta dan kemegahan dan dia dapat kedua-duanya, maka akan mulalah berkumpul beberapa sifat tercela yang lain dalam dirinya seperti menunjuk-nunjuk (riyak), sombong (takabbur), dengki, bergaduh dan lain-lain. Punca semua sifat tercela ini adalah perut. *Rasulullah SAW memuji perbuatan selalu berlapar.* Sebab itulah, Rasulullah SAW memuji perbuatan berlapar antaranya: "Tidaklah ada amalan yang lebih disukai di sisi Allah daripada lapar dan dahaga." Rasulullah SAW bersabda: "Penghulu segala amalan itu adalah lapar." (Al-‘Iraqi berkata bahawa dia tidak menjumpai asal hadis ini). Rasulullah SAW bersabda, "Berfikir adalah sebahagian daripada ibadah dan sedikit makan adalah suatu ibadah." Rasulullah SAW bersabda, "Yang paling afdhal antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling lama berlapar dan berfikir dan yang paling dibenci antara kamu di sisi Allah ialah orang yang banyak makan, dan banyak minum, banyak tidur." Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah ada suatu tempat yang lebih buruk yang diisi oleh anak Adam daripada (mengisi) perutnya. Adalah cukup untuk anak Adam itu dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya." Imam Ghazali menyebutkan semua hadis ini dalam kitabnya AlArba‘in fi Ushul ad-Din (petikan buku Qalbun Salim Syarah Penawar Bagi Hati? #qalbunsalim #penawarbagihati #ibadah #tasawuf #hati #fardhuain #ustazmuhadirhajijoll
271
10
0
Hub Buku
28 days ago
"Di sini, kita kena jadi sehina-hina hamba!" Sementara menantikan masuknya waktu untuk berwuquf, Almarhum Tuan Guru Syeikh AHmad Fahmi Zamzam memberikan sedikit peringatan bagi menyedarkan kenapa kita sekarang berada di Arafah. “Ketika sesiapa saja yang menerima jemputan Allah, pastinya mereka akan datang berbondong-bondong walaupun terpaksa menempuh berbagai-bagai kesulitan. “Hadir di Arafah adalah rukun kedua selepas niat jika seseorang ingin melaksanakan ibadah haji. Semua jemaah wajib hadir di sini tanpa ada pengecualian. Yang uzur sekalipun wajib datang ke sini walaupun hanya untuk beberapa saat. “Tanpa kehadiran di Arafah maka tiada lagi haji,” katanya dengan nada agak tegas bagi memastikan kami tidak memandang ringan Rukun Haji yang penting ini. “Tapi sebelum memasuki sempadan Padang Arafah yang tidak ada apa-apa melainkan padang pasir yang tandus, kita perlu menukarkan posisi dan status kita dari seorang yang mempunyai berbagai-bagai darjat dan kedudukan kepada status seorang hamba. “Menjadi sehina-hina hamba. “Kita perlu menukar pakaian yang menjadi lambang status dan kedudukan dengan dua helai pakaian yang tidak berjahit yang menyerupai pakaian seorang hamba. “Kita kena tanggalkan sepatu kebanggaan kita dan digantikan dengan selipar saja. “Buang apa jua di kepala yang membezakan kita dengan manusia yang lain. “Di sini tiada raja, perdana menteri, tuan guru dan sebagainya. Walaupun raja yang paling berkuasa sekalipun kena akur dengan suatu perintah yang cukup menghinakan. “Kena tanggalkan seluar dalam. “Di sini nak masuk tandas pun kena beratur. “Tidur dalam keadaan sempit dan panas. “Makan pun terbatas pada apa yang dihidangkan. Ada duit banyak pun tak guna sebab tak ada kedai. “Kesemua ujian dan peraturan ini adalah merupakan sebahagian dari proses transformasi untuk menukar status kita kepada status seorang hamba yang hina,” tegas Almarhum Tuan Guru. “Apa hikmah di sebalik kepayahan ini? Supaya kita datang ke sini dengan penuh rasa kehambaan dan kehinaan bagi memohon keampunan ke atas segala dosa kita. “Kita kena rasa kerdil dan hina depan Allah dan kejayaan kita pada hari ini bergantung serendah mana kita boleh menghinakan diri kita di depan Allah Taala. “Bila perasaan ini sudah mula kita rasakan, baru kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya." (Petikan buku HAJINYA YANG TERKAKHIR) #hajinyayangterakhir #syeikhahmadfahmizamzam #ibadahhaji #umrah
2.1K
41
2
Hub Buku
1 months ago
"KITA KE SINI DENGAN AMAT SUSAH" - Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam. Sebaik saja azan Asar berkumandang, keadaan menjadi bertambah sibuk. Ada yang mulai berkemas-kemas untuk ke Makkah melaksanakan Tawaf Ifadah. “Mohon doanya Tuan Syaikh ... kami nak ke Makkah sekarang, takut nanti jem,” mohon beberapa jemaah yang baru berkenalan dengan Almarhum Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam. “Antum tak mabit ke Muzdalifah dulu?” tanya Almarhum Tuan Guru. “Lepas kami tawaf, kami akan patah balik ke Muzdalifah. Kami akan lalu saja, sekadar memenuhi syarat bermabit di Muzdalifah.” “Kami nak cepat bertahallul,” begitu penjelasan salah seorang daripada jemaaah tersebut. “Ohhh baiklah. Semoga Allah permudahkan urusan antum. Tolong doakan kami di sini ya,” mohon Tuan Guru dengan penuh sopan. Di luar khemah, jemaah berpusu-pusu menarik beg masing-masing. Suara mutawif dan petugas mulai kedengaran memberikan arahan kepada para jemaah untuk segera masuk ke kawasan menunggu bas yang akan membawa mereka ke Masjidil Haram. Pada saat itu Almarhum Tuan Guru memanggil kami serta memberikan sedikit tausiah serta arahan yang cukup ringkas tapi penuh makna. “Kita nak ke sini amat susah kan? Mungkin peluang sebegini hanya dapat sekali seumur hidup. Ini waktu yang amat berkat dan peluang seperti ini amat dicemburui oleh jutaan orang yang beriman. Tidak perlu kita tergesa-gesa untuk tinggalkan tempat ini selama mana waktu berkatnya masih tersisa. “Jangan tinggalkan tempat ini sebelum matahari terbenam dan tanamkan rasa sedih kita sewaktu meninggalkannya... .” Beliau menamatkan bicaranya dengan berkata, “Mungkin ini kali terakhir kita berada di sini. Tak perlu kalut.” (Petikan buku HAJINYA YANG TERAKHIR - karya Haji Ahmad Tifla) #hajinyayangterakhir #syeikhahmadfahmizamzam #haji #arafah #mina #muzdalifah #mabrur #mekah #ustazabuzahrahabdullahthohir
5.6K
86
8
Hub Buku
1 months ago
Karya Terakhir yang ditulis oleh Dr Muhd Kamil Ibrahim, berasaskan pengalaman dan kisah hidup penulis dalam mengharungi warna-warni kehidupan di penghujung usia beliau. Manisnya ujian di penghujung usia tidak dapat disamakan dengan cabaran semasa di usia muda. Malah tempoh usia yang berbaki ini sangat berharga dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Begitulah sedikit sebanyak yang ingin dikongsikan oleh penulis di dalam buku ini. Ujian yang menimpa seseorang hamba bukanlah untuk membebankannya tetapi Tuhan yang Maha Pengasih ingin menguatkan lagi hamba-Nya dan ingin hamba-Nya lebih dekat lagi kepada-Nya. Melalui ujianlah, Allah ingin melihat kesabaran dan rasa kebergantungan hamba-Nya. Itulah warna-warni kehidupan. #karyaterakhir #profkamilibrahim
3.9K
89
3
Hub Buku
1 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more