Introduction: This is a tiktok video published by Rafizi. The video has now received more than 233 likes, 43 comments and 10 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
![](https://img.tikmeta.com/tikmeta/a69c4a03-9096-444d-93f8-a994c6d66eae-20240415.jpeg?imageMogr2/auto-orient/thumbnail/300x/strip/format/WEBP/quality/75!/ignore-error/1)
Seramai 11.55 juta (52.6%) warganegara berumur atas 18 tahun telah berjaya mendaftar dan mengemaskini profil diri di sistem PADU. Secara keseluruhan, sebanyak 58.7% profil rakyat, termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun, yang berjaya dikemaskini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih (secara terbuka) kepada semua warga negara yang mendaftar, mengemaskini dan juga mengesahkan data-data mereka. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada pasukan pembangunan sistem PADU di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Jabatan Digital Negara, Kementerian Komunikasi dan juga agensi-agensi lain yang terlibat atas usaha menjayakan pelaksanaan PADU. Langkah seterusnya adalah untuk membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri pada bulan ini. Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang akan datang. Kepada mereka yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di PADU, data pentadbiran yang sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi. Sekiranya ada keperluan, Kementerian Ekonomi akan umumkan pembukaan semula PADU untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian, setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang menjayakan PADU.
Duration: 59 sPosted : Wed, 03 Apr 2024 01:51:31Views
11.5KDaily-
Likes
233Daily-
Comments
43Daily-
Shares
10Daily-
ER
2.49%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more