TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by Ustazah Asma' Harun. The video has now received more than 567 likes, 12 comments and 20 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
14.9KDaily-
Likes
567Daily-
Comments
12Daily-
Shares
20Daily-
ER
4.02%Daily-
Latest Videos
Alhamdulillah, hari Jumaat, jom amal sunnah Nabi SAW yang satu ni, jarang sangat orang ikut, tapi rupanya kalau amal, terus dapat pahala tau. Kami ada kongsikan di bawah ini TURUTAN MEMOTONG KUKU IKUT SUNNAH 👇🏻 Dah baca, sebarkan ya, ajak anak-anak, keluarga, sahabat semua beramal sama. Bila difikirkan betapa indahnya agama Islam ini kerana setiap perkara yang kita lakukan pasti ada panduannya, termasuklah macam mana nak potong kuku. Walaupun mungkin kita anggap amalan memotong kuku ini remeh namun bila kita lakukan dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, maka pasti akan mendapat pahala sunnah. Rasulullah SAW bersabda: خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ Maksudnya: “5 perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih) Kebiasaan memotong kuku ini dilakukan pada hari Jumaat, berdasarkan pendapat para sahabat dan tabi’in, antaranya: Abdullah bin Umar al-Khattab r.a biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Sunan Al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi, 3/244) Seorang tabi’in, Muhammad bin Ibrahim al-Taimi berkata, “sesiapa yang memotong kuku dan memendekkan misainya pada hari Jumaat maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197) SubhanAllah, bahkan para ulama fiqh daripada kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, menyebut galakan memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam an-Nawawi berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas menyebut anjuran memotong kuku ialah pada hari Jumaat.” (Al-Majmu’, 1/340) Sebenarnya walaupun dituntut untuk potong kuku pada hari Jumaat, namun kita sudah boleh memotong kuku selepas masuk waktu maghrib pada hari Khamis. Maksudnya pada hari Khamis malam Jumaat. Tuan Puan, Saya nak kongsikan TURUTAN MEMOTONG KUKU mengikut pendapat para ulama dalam Islam, mudah-mudahan bermanfaat. 😊🤲 1. Imam an-Nawawi: Tangan kanan, dimulakan dari jari telunjuk sampai jari kelingking, kemudian barulah potong kuku jari ibu. Bagi tangan kiri, bermula dari jari kelingking sampai jari ibu. 2. Imam al-Ghazali: Pada tangan kanan, dimulakan dari jari telunjuk sampai jari kelingking. Kemudian jari kelingking tangan kiri sampai jari ibu tangan kiri dan diakhiri dengan jari ibu tangan kanan. Cara ini adalah bagi memotong kuku jari-jari tangan, manakala untuk memotong jari kaki pula dimulakan dengan jari kelingking kaki kanan dan diakhiri dengan jari kelingking kaki kiri. Kesimpulannya, kuku disunatkan untuk dipotong pada hari Jumaat atau Khamis malam Jumaat dan turutannya boleh dibuat mengikut pilihan seperti yang tertulis di atas. 😊 Semoga bermanfaat untuk diamalkan, mudah-mudahan kita dapat merebut pahala sunnah dalam ibadah memotong kuku, InsyaAllah. 🌹 Baca lagi SUNNAH HARI JUMAAT YANG LAIN DI KOMEN 👇🏻 Rujukan: 1. Al-Kafi #1238: Adakah Terdapat Hadis Kelebihan Memotong Kuku Pada Hari Tertentu? 2. Al-Kafi #1413: Benarkah Bulu atau Kuku Yang Dipotong Perlu Ditana Asma’ binti Harun & Tim Penyelidikan #UAHSahabatDuniaAkhirat
20.5K
1.4K
18
Ustazah Asma' Harun
8 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more