Introduction: This is a tiktok video published by 𝑪𝒂𝒉𝒂𝒚𝒂 𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 💕. The video has now received more than 1.4K likes, 60 comments and 104 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
✒ #GURU_MUROBBI 📚 Semua dari kita ada guru Dan guru itu ada gurunya Dari guru itu banyak bidangnya Ilmu agama Ilmu kerohanian Ilmu kemahiran Ilmu akademik Ilmu kehidupan Tidak sebatas khusus digelar Guru Hanya kepada yang rasmi sahaja Namun ilmu disebarluas dari orang awam Yang juga secara tak langsung jadi guru kita Di dalam dunia pendidikan pengalaman hidup Ada juga yang mengatakan bahawa Pengalaman hidup itu sebenar guru Tak kira siapapun guru Kita belajar hormat Menghormati sesama Cipta mahabbah Agar kesinambungan terus bermanfaat Bukan sahaja untuk diri akan tetapi Untuk insan2 sekeliling kita... Di sini sama2 kita jadi hamba Allah Yang bermanfaat buat orang ramai Agar kita dapat meraih cintanya Allah & Rasulullah SAW insyaAllah . ✒ #KEMULIAAN_GURU Kedudukan dan profesion guru dalam Islam dipandang sangat mulia dan kedudukan mereka amat dihormati. Seorang guru mempunyai kedudukan dan pangkat yang tinggi, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Kedudukan guru dalam Islam telah dijelaskan dalam Al-Qur'an surah Al-Mujadilah ayat 11, Allah SWT berfirman: يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُو ا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَُٰوْمَ دَرَجٍَٰ ۡ نَ خَِيرٌ Maksudnya : "Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Mujadilah: 11) Rasulullah SAW bersabda : إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ "Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." (HR Bukhari dan Muslim). Seorang guru pastinya akan mendapat ganjaran yang terus mengalir sedangkan ilmu itu masih digunakan oleh anak muridnya. Sains juga akan membawa manusia untuk sentiasa berfikir dan menganalisis sifat segala fenomena yang berlaku di alam sehingga dapat mendekatkan manusia kepada Allah SWT. . ✒ #RASULULLAH_CONTOH_PENDIDIK Dalam Al-Quran juga ada menyebut dalam surah Al Qalam ayat 4 : Yang bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. Dalam hadith juga ada disebutkan mengenai betapa hebatnya akhlak Rasulullah untuk dicontohi di mana Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang akhlak Rasulullah s.a.w, lalu Aisyah menjawab : “Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim). Keperibadian Rasulullah Sebagai Pendidik : 1. Penyayang 2. Kesabaran yang Tinggi 3. Ketegasan dalam Kelembutan Pada hakikatnya banyak lagi kaedah pengajaran dan keperibadian Rasulullah dalam dunia pendidikan ini yang perlu dikaji daripada semua fakta sirah Rasulullah s.a.w. MasyaAllah TabarakAllah 📿💚 . Bacaan doa-doa untuk Guru/Murobbi : اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ Allahummaghfir li masyayikhina wa liman ‘allamana warhamhum wa akrimhum bi ridlwanikal ‘adzim fi maq’adis shidqi ‘indaka ya arhamar rohimin Maksudnya: "Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keridhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang." QOBUL, AMEEN YA MUJIB ☺🤲🏻📖📿✒🌹💚✨ . Note : Jika tidak kerana guru, tidaklah aku mengenal siapa Tuhanku. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Kama Huwa Indak Dhokot Hilati Adrikni Ya Rasulullah Jazak Allah Kheir Buat kesemua Guruku 🙏🏻 . @MR Morocco @Ust Hakim Al Mustafa #kenaldirikenalilmukenalAllah #selamathariguru2024❤️
Duration: 78 sPosted : Thu, 16 May 2024 10:00:36Views
6.0KDaily-
Likes
1.4KDaily-
Comments
60Daily-
Shares
104Daily-
ER
25.99%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more