Introduction: This is a tiktok video published by Sabri Mamat. The video has now received more than 339 likes, 11 comments and 7 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Jalan petani di tengah bandar Kuala Terengganu. Kenapa yer, dulu ramai petani ke? Rupanya silap. Jalan Petani merujuk kepada orang Patani yg telah mengiringi Sultan Terengganu yang pertama, diperkirakan jumlah mereka seramai 80 orang. Sultan Terengganu yang pertama daripada Patani dan kemudian ditabalkan menjadi Sultan pada tahun 1725 masihi. Jangan pelik yer Sultan Terengganu datang dari Patani. Sejarahnya Tun Zainal Abidin, atau dikenal dengan panggilan Tun Jenal merupakan anakda kepada Tun Habib Abdul Majid merupakan pembesar kepada kesultanan Johor. Namun dijadikan anak angkat kepada laksamana Wan Derahman. Namun, apabila berlaku krisis di Istana Johor, Laksamana Wan Derahman dan Tun Zainal Abidin telah selamatkan diri. Dan sepanjang laksamana ini menyelamatkan diri ke negeri Terengganu terdapar beberapa nama Kampung di Terengganu terbit dari setiap peristiwa persinggahan beliau. Yang ni saya akan review akan datang pula. Lalu kemudian beliau mati di Terengganu. Adapun Tun Zainal Abidin bergerak terus menuju ke Patani, dan berlindung di bawah Raja Patani, Iaitu Raja Nang Chayang. Setelah sekian lama berada di Patani, Lalu Sultan Abdul Jalil telah memberi laluan kepada Tun Zainal Abidin untuk ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang pertama. Ketika peristiwa inilah raja Nang Chayang telah sediakan Pengiring yg terdiri daripada pembesar dan pahlawan untuk mengiringi sepajang perjalanan Tun Zainal Abidin ke Terengganu. Awalnya ditabalkan di Kampung Tanjung Baru Kuala Berang pada tahun 1725. Dikatakan pada waktu itu Sama ada Tok Pauh atau Anaknya Sheikh Abdul Malik yang terlibat ketika peristiwa pertabalan berkenaan. Lalu selanjutnya memindahkan pentadbirannya ke Kampung Langgar, pindah lagi ke Kampung Pulau Manis, pindah lagi ke Bukit Keledang dan bina istana beliau di atas bukit berkenaan. Sejak berada di Bukit Keledang, maka berpusatlah pentadbiran di Kuala Terengganu. Masyarakat Patani yang mengiringi Sultan dianugerahkan penempatan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Ditambah lagi cucu beliau, Sultan Zainal Abidin II membina masjid Zainal Abidin pada tahun 1793, telah merancakkan lagi aktiviti masyarakat Terengganu di Kuala Terengganu. Seiring dengan itu, terbina pula Istana Maziah, yang semakin memperkukuhkan lagi Kuala Terengganu sebagai pusat Bandar rakyat Terengganu sejak ratusan tahun yang lalu. Demikianlah kisah Jalan Petani. Maka alangkah bagus jika signboard pada nama jalan ini dibetulkan kepada nama Pattani, kalau lihat kepada ejaan jawi tu betul huruf “ف " tapi macam mana bile dirumikan ada bunyi “Pe”. Patutnya bunyi “Pa”. #sahabatsabrimamat #ulamak #drsam #terengganu #visitterengganu #sejarah #CapCut
Duration: 102 sPosted : Mon, 24 Jun 2024 04:20:34Views
5.0KDaily-
Likes
339Daily-
Comments
11Daily-
Shares
7Daily-
ER
7.13%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more