Introduction: This is a tiktok video published by Mama Ipang. The video has now received more than 3.7K likes, 126 comments and 28 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Mlm tadi utk pertama kalinya ipang tidur pd pukul 1.30am semasa saya sedang Live. Saya jangkakan dia akan bangun sebelum subuh dan saya jangkakan juga ,tidur awal ini akan menjadi pusingan baru dlm jadual tidurnya. Saya end live pukul 2.30 selepas yakin dia benar2 tidur. Saya tutup semua lampu dan buka Tv utk dptkan cahaya dn juga utk membaca surah Al mulk.Belum pun sempat baring, dia dah bangun. Lepas subuh ,dia keluar melepak kat warung dan saya tidur utk seketika. Banyak kerja buat saya tergendala kerana masalah tidurnya. Pagi ini saya terpaksa bawa dia utk bayar bill air. Saya perlu ke office air utk minta membayar bil air secara ansuran krn bill yg tinggi akibat kebocoran air. Apabila membawa ipang utk sesuatu kerja yg melibatkan urusan kaunter/pasar/kedai..saya mesti memastikan saya dpt park kereta ditempat yg paling hampir dgn bangunan2 tersebut dn saya boleh melihatnya dr dlm bangunan. Saya perlu pastikan juga kurang 10 org pelanggan sblum giliran saya sbb ipang tidak boleh berseorangan dlm kereta utk jangkamasa yg lama..Andainya ramai org pd hari tersebut..saya akan batalkan urusan dn akan dtg semula selepas ipang tidur atau kemudian hari. Memang amat meletihkan utk menyelesaikan sesuatu urusan yg melibatkan urusan kaunter. Jarak rumah saya dr pekan hanya dlm lingkungan 20-25 km shj.So,tdk jd masalah utk saya ulang alik dlm masa sehari. Drive kereta dlm keadaan tidak cukup tidur,memang amat mencabar. Sewaktu bekerja dulu, bila saya drive saya selalu menampar pipi sendiri berulang Kali kalau pagi tersebut saya rasa mengantuk. Saya tidak boleh berhenti ditepi jln dn tidur sekjap sbb ke sekolah,mesti tepat waktunya. Tetapi bila bersama ipang time meronda ,bila saya mengantuk..saya akan berhenti sekejap utk tidur n akan drive balik bila ipang kejut saya dgn cara menumbuk2 seat kereta. Alhamdullilah pagi ini,urusan siap dgn cepat kerana tiada pelanggan lain dan terus boleh balik. Sampai rumah saya tidur n ipang main talipon sendirian. Saya bangun utk smbyg zohor dan nampak dia dah lali utk tidur. Alhamdullilah,dia tidur selepas saya siap smbyg zohor. Ini bermakna,masa tidur utk hari2 berikutnya mungkin di waktu tghri dn saya perlu sekali lagi utk mengubah jadual harian saya mengikut waktu tidurnya yg baru. Selamat malam dari Bosnia😁. Sesiapa yg berminat utk membeli keropok vacuum dlm jumlah yg banyak dgn hargaa borong,boleh PM saya.Penghataran adalah dgn kenderaan Individu bukan jnt n sbagainya. Dijamin dpt sampai dlm masa yg tepat.
Duration: 74 sPosted : Tue, 25 Jun 2024 06:25:10Views
265.5KDaily-
Likes
3.7KDaily-
Comments
126Daily-
Shares
28Daily-
ER
1.44%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more