TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by ijjalyza. The video has now received more than 11 likes, 4 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
1.8KDaily-
Likes
11Daily-
Comments
4Daily-
Shares
0Daily-
ER
0.83%Daily-
Latest Videos
Maalik Hughes - Jaja Ahmad PINTU ditutup rapat dan Alex berjalan mendekati Maalik yang sedang bersandar pada kerusi kulitnya. Kedua belah tangan bertaut di atas riba. “Macam mana Alex?” “Elena binti Rashid. Tinggal bersendirian setelah kematian ibunya setahun yang lalu. Ayah dia tidak dapat dikesan dan tiada saudara mara kerana ibu dan ayahnya adalah anak yatim piatu.” “Meninggal sebab apa?” “Kanser tuan. Elena hanya bergantung pada duit simpanan arwah ibunya. Bulan lepas kereta milik arwah ibunya telah ditarik oleh pihak bank dan rumahnya bakal disewakan kepada orang lain jika dia tidak membayar sewa yang tertunggak selama hampir 5 bulan.” “Jadi dia tangguh pengajian sebab nak kerja?” Alex angguk dan Maalik menarik nafas dalam. “Macam mana dengan kerja dia?” “Pagi dia ke tempat kerja dengan menaiki bas dan pulang dengan menaiki teksi. Jika pulang awal, dia akan pulang dengan menaiki bas juga.” Selama seminggu Alex ditugaskan untuk mengekori Elena atas arahannya. Mengawasi gerak geri gadis itu demi untuk mengetahui tentang kehidupan yang sedang Elena jalani sekarang. “Dah tahu rumah dia dekat mana?” Alex angguk. “Tapi tuan, kawasan perumahan tempat tinggal Elena itu agak kurang selamat. Terdapat sebuah rumah tinggal yang menjadi port penagih dadah dekat situ.” Wajah Maalik mula berkerut. “Dekat dengan rumah dia?” Sekali lagi Alex angguk. “Dan dia akan melalui rumah tinggal itu jika turun di perhentian bas.” Maalik mula tegak dan jari bergerak mengetuk meja. “Yang mana lebih kerap? Balik dengan teksi atau bas?” “Teksi tuan.” “Selalunya pukul berapa dia sampai ke rumah kalau balik dengan teksi?” “Pukul 11 malam tuan.” Tangan naik mengusap bawah bibir. Balik dengan bas tak selamat, balik dengan teksi pun tak selamat juga. Apa yang berani sangat budak tu naik turun pengangkutan awam malam-malam macam tu. “Lagi Alex?” “Saya rasa dia tak sihat. Malam semalam dia basah kuyup terkena hujan setelah turun dari bas. Pagi tadi pun muka dia nampak pucat tuan.” Maalik angguk beberapa kali. “Suruh Bard sediakan kereta.” “Ada satu perkara lagi tuan.” Wajah Maalik kembali berkerut. “Apa dia Alex?” “Tengah hari tadi ada seorang lelaki datang berjumpa dengan Elena.” Jantung Maalik mula berdetak tidak sekata. “Siapa?” “Tak pasti. Tapi keadaan mereka kelihatan tegang tuan.” Tangan yang mengetuk meja seketika tadi dikepal seperti penumbuk. Pelbagai soalan mula bermain di fikiran Maalik. “Suruh Bard sedia.” Alex angguk dan tunduk hormat sebelum keluar dari situ. Maalik kembali bersandar ke belakang dengan kepala yang mendongak. Elena... KERETA yang dipandu oleh Bard mengekori rapat teksi yang membawa Elena sehingga ia berhenti di hadapan rumah gadis itu. Bard dan Alex saling berpandangan sebelum mencuri pandang Maalik di belakang. Maalik hanya diam tanpa reaksi, memandang teksi yang sudah lama berhenti. Namun penumpang di bahagian belakang teksi tersebut masih belum keluar. “Tuan?” Alex dan Bard saling berpandangan bila Maalik tetap kaku di situ. Entah apa yang sedang difikirkan oleh tuan mereka agaknya. Setelah beberapa minit berlalu, pintu dibuka dan tanpa kata Maalik terus keluar menuju ke arah teksi tersebut. Dengan rakus dia membuka pintu teksi itu dan matanya terus mencerun ke arah pemandu yang sedang menyelongkar beg tangan Elena. “Kau buat apa?” Rahang diketap geram. “Huh? Saya...” Pemandu teksi tersebut mula tergagap bila melihat wajah garang Maalik. “Kau nak rompak dia?” “Tak... tak...” Beg tangan Elena dicampak semula ke belakang. “Tu, dia pengsan. Saya cuma cari telefon dia untuk hubungi ahli keluarga dia. Itu saja.” Dengan satu nafas dia menerangkan segalanya. Barulah mata Maalik beralih memandang Elena yang tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang. Pengsan? Duit not seratus ditarik keluar dan diberikan kepada pemandu teksi tersebut sebelum dia bergerak ke belakang dan mengangkat Elena keluar dari teksi itu. Bergegas Alex keluar membukakan pintu kereta untuk Maalik yang sedang mendukung Elena. “Binjai Bard.” Kereta mula menderu menuju ke kediaman Maalik.
306
7
0
ijjalyza
25 days ago
#raouh #rehanmakhtar #ijjalyzabookstore #bookcave24 #novelmelayubest Menggalas beban rasa bersalah kerana menjadi penyebab satu nyawa melayang, satu lagi hidup dalam khayalan dan yang lainnya berantakan, ia menjadi suatu perkara yang sukar buat seorang Mahfuzah. Kata mereka, manusia sepertinya tidak layak bahagia. Tetapi, dia tetap hidup walau ditemani derita sehinggalah dia bertemu dengan Luth, seorang pemandu e-hailing dalam suatu perjalanan yang tidak dirancang; membuatkan Mahfuzah merasakan, dia berhak untuk bahagia, walau seketika. Namun, perjalanan itu tidak mudah. Keinginannya untuk bahagia pasti akan membuatkan Luth merana. “Apa-apa jadi pada saya depan hari, saya nak awak selamatkan diri awak dulu....” - Mahfuzah “Saya akan jaga cik puan dan saya akan jaga diri saya sendiri juga. Itu adalah tugas saya.…” – Luth Luth berpegang kepada janjinya. Dia menjaga Mahfuzah seperti yang tertulis di dalam kontrak. Tetapi, bagaimana untuk menafikan rasa bila perasaannya mencacah kontrak lain di hati? Iaitu rasa mencintai. Padahal, mereka ada orang lain yang sedang menanti. Kerana masa itu sifatnya misteri, takdir terus berputar untuk mereka terus ada bersama berpayungkan satu perjanjian yang menyakitkan. “You are right. I need a son. Let’s sign a contract, Encik Luth...” - Mahfuzah “I am much obliged, cik puan ...” - Luth Kerana sudah tidak terdaya menyaksikan terlalu ramai yang terkorban dan menderita, Mahfuzah menamatkan perjanjian dengan cara yang paling kejam. Luth jatuh menekur ke lantai takdir. Mencuba untuk mempertahankan ikatan yang dibalut syarat. Dan, seperti nama mereka, dia berharap jodoh yang telah ditempa di Luh Mahfuz sana, terus kekal hingga selamanya. ***
535
15
1
ijjalyza
1 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more