Introduction: This is a tiktok video published by Buku IBDE. The video has now received more than 42 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Apakah yang membuatkan sesuatu wujud? Inilah pertanyaan utama Aristotle dalam penyiasatan falsafahnya. Kesimpulan utama Aristotle ialah segala benda tidak hanya terdiri daripada jirim. Contohnya buku. Kertas merupakan bahan penghasilan buku, tetapi timbunan kertas semata-mata bukanlah buku. Buku hanya menjadi buku apabila kertas tadi diatur dengan cara tertentu, bersama rupa bentuk terperinci, dan kerana rupa bentuk itulah ia menjadi sebuah buku. Namun begitu, buku tidak semestinya dibuat daripada kertas; ia dapat dibuat menggunakan bahan-bahan lain juga seperti artcard atau kadbod. Maka, dalam membuat buku diperlukan sejenis bahan dan rencana bentuknya. Dalam penyiasatan tentang kewujudan, Aristotle telah meneliti faham "sebab" dan memecahkan "zat" kepada empat jenis. Inilah faham 4 Sebab Aristotle: 1. Sebab jirim (material cause) Kita lihat contoh buku di atas. Buku memerlukan sejenis bahan untuk menjadikannya wujud. Inilah yang disebut sebab jirim, sebab ia-terbuat-daripada-apa. Namun, sebab jirim ini tidak memadai untuk menjadikan sebuah buku wujud. 2. Sebab perantara (efficient cause) Bagi menjadikan buku wujud, diperlukan kerja-kerja seperti memotong kertas, mencantumkan kertas, penjilidan, dan lain-lain lagi. Kerja-kerja ini disebut sebagai sebab perantara, sebab apa-yang-membuat-atau-menjadikannya. 3. Sebab zahir (formal cause) Buku perlu mempunyai rupa bentuk sebagaimana adanya. Bahan-bahan yang disusun secara sembarangan tidak menjadikan buku itu wujud. Rupa bentuk ini digelar Aristotle sebagai sebab zahir, yakni sebab apa-yang-memberi-rupa-bentuk-yang-dikenali. 4. Sebab akhir (final cause) Akhir sekali, buku menjadi wujud kerana pembuat buku yang bekerja menyusun bahan mengikut rupa bentuk buku tersebut. Kewujudan buku telah berlaku atas matlamat pembuat buku. Aristotle menyebut ini sebagai sebab akhir, sebab tujuan-muktamad-kewujudannya. Tapi sebenarnya, buku wujud kerana ada pembaca, kan? Buku Cetera Falsafah pula wujud sebab nak perkenalkan tokoh-tokoh falsafah secara mudah kepada pembaca. #bukuibde #ibde #booktokmalaysia #malaysiamembaca #philosophy #philosophytiktok #falsafah #CapCut
Duration: 108 sPosted : Wed, 20 Nov 2024 10:08:33Views
1.0KDaily-
Likes
42Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
4.18%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more