Tuah dah pergi akak abang. Daripada kecik dia dah sakit sebab dibaham oleh kucing lain. Namun dia mampu survive walaupun satu muka dah berdarah bersemut. Dan terus dinamakan Tuah sbb bertuahnya beliau utk terus hidup. Membesar dgn jayanya. Cukup membahagiakan diri aku dan family dgn teletahnya. Sampai aku dpt rasa yg Tuah rasa diri dia bukan kucing. Tapi manusia sbb ddk dgn manusia tak bergaul dgn kucing lain dari kecik. But yaa tak semua air akan tenang, Tuah terjangkiti sakit FIP bila kami hantar dia ke klinik atas kecuaian dan ketidakprihatinan org lain yg hantar kucing dia yg ada penyakit FIP ke vet. Tanpa diberitahu situasi sebenar kucingnya. Tuah berkongsi sangkar selepas kucing itu keluar dari vet. Dah mula berjangkit. Pada tahun lepas FIP serang dgn teruknya. Sampai Tuah lumpuh satu badan. Memang takda nampak jalan utk dia survive. Namun disebabkan keinginan dia utk survive dia berjaya. Dan doctor juga cakap mungkin atas penjaga yg jaga dia, maka dia akan pulih. Berbulan bulan Tuah cuba untuk kembali sihat selepas itu. Kembali makan, berlari, tidur sama sama atas katil. Namun secara tiba2 dia jadi murung. Tak makan sngt rupanya FIP kembali menyerang dalam diam. Keadaan dia tidakterurus kami suami isteri sempat bersihkan diri dia. Dengan harapan dia mampu survive. Tapi di satu sahur di bulan Ramadan ini, tiba2 Tuah batuk2 dan hidung dia keluar darah yg mengalir dgn banyak non stop. Kami terus bawa beliau ke klinik dan dia ditahan di wad. Berada di wad mula hari khamis. Doctor berikan khabar baik bila jumaat Tuah nampak sedikit elok walaupun darah masih mengalir di hidungnya. Pada hari sabtu, sempatlah saya pergi jenguk dia. Dan doctor sngt terkejut dia Tuah bangun berdiri dan panjat pagar utk memeluk saya. Saya pun usap2 dan yakin Tuah nampak sngt nak pulih. Dan rupanya itulah pandangan terakhir dia pada saya. Utk memberitahu bahawa beliau akan pergi. Saya pulang ptg sabtu tu dgn harapan dia akan pulih. Rupanya mungkin doctor kata sabtu malam tu dia sudah tiada. Terdiam tak terkata. Berkecemun hati tanpa nada. Kehilangan pada org lain ini biasa. Namun bukan pada saya dan isteri yg menatang beliau dgn kasih sayang yg penuh. Pada saya, saya bukan kehilangan kucing. Tetapi seorang kawan yg pada saat saya down dialah pendengar dan juga penghibur. Terima kasih Tuah atas segala memori. Harap nanti kita dapat jumpa lagi. Tuah signed off Oktober 2019 - March 2024 #fipcat #kucingfip #FIP