Introduction: This is a tiktok video published by ijjalyza. The video has now received more than 68 likes, 3 comments and 1 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Si Sophea ni macam sudahlah jatuh ditimpa tangga. 🍒TEASER 9 : PENGANTIN 72 JAM “Saya nak balik KL kejap lagi,” ujar Sophea sebaik saja usai melipat telekung yang digunakan ketika solat subuh tadi. Sedikit pun dia tak memandang Maleq yang berdiri di hadapannya. “Ibu dan ayah baru aje meninggal. Kita nak balik hari ni juga ke?” “Sebab dia orang dah meninggallah saya nak balik hari ni. Kalau dia orang masih ada, saya tak akan balik.” “Tunggulah sehari dua lagi Sophea,” pujuk Maleq lembut. “Tak nak. Tak ada apa lagi yang tinggal untuk saya dalam rumah ni. Kat kampung ni. Saya nak balik KL.” “Sophea...” “Saya nak balik. Kalau awak tak nak balik, awak tak payah balik. Saya naik bas aje nanti!” Tegas suara Sophea. Buatlah apa pun yang Maleq hendak, dia tak akan kisah lagi. Kalau Maleq mahu menjadikan rumah ini hak sendiri pun dia tak peduli. Kerana hidup tanpa ibu dan ayahnya di sisi, tak lagi boleh digelar hidup. “Awak tak kesiankan mak ngah dan pak ngah awak ke Sophea?” Sophea panggung kepala. Matanya bertentang dengan mata Maleq. Lama. Tajam. Suaminya itulah yang menguruskan segala-galanya sehingga jenazah ibu dan ayahnya disemadikan sempurna tanpa ada cacat cela di mana-mana. Tapi tetap juga hatinya tak rasa hendak berterima kasih. Kalau bukan kerana keluarga Maleq, mungkin ayah dan ibunya tak salah sangka padanya. Kalau bukan kerana keluarga Maleq, mungkin ayah dan ibunya tak akan datang ke Kuala Lumpur. Penjelasannya! Itulah yang dia pasti mereka tagih. “Yang sedih bukan cuma awak tapi mak ngah pak ngah awak juga. Tak boleh ke awak dan mereka berkongsi kesedihan? Sekurang-kurangnya, masing-masing lebih tenang.” “Saya nak balik KL juga!” Tekan Sophea tanpa perasaan. “Sop...” “Saya kata saya nak balik tu saya nak baliklah. Tak payah nak halang-halang saya sebab saya tak akan ikut cakap awak. Tak akan. Tak kiralah awak nak kerat saya kecik-kecik pun!” Tinggi suara Sophea membingitkan suasana subuh di rumah yang semakin sepi. Pada saat hatinya tak tenang, tak mungkin dia dapat menenangkan hati orang lain. Termasuk Pak Ngah Jazuli dan Mak Ngah Zabidah yang sama-sama kehilangan. Maleq menghela nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Lega. Entah kenapa dia lebih suka melihat Sophea marah-marah begini daripada diam bagaikan patung cendana.
Duration: 0 sPosted : Tue, 23 Jan 2024 02:43:05Views
4.3KDaily-
Likes
68Daily-
Comments
3Daily-
Shares
1Daily-
ER
1.66%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more