Introduction: This is a tiktok video published by Putera Amry. The video has now received more than 46 likes, 3 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Kesilapan Memahami Qada’ dan Qadar Imam al-Nawawi menukilkan daripada Imam al-Khattabi bagaimana ramai dalam kalangan orang yang menyangka bahawa qada' dan qadar itu adalah paksaan dan tekanan Allah SWT ke atas hamba-Nya terhadap segala apa yang telah ditakdirkan sedangkan ia tidak seperti yang disangka oleh mereka. Ini kerana maksud (taqdir) itu ialah perkhabaran Allah SWT berkenaan ilmu-Nya yang mendahului tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya dan ianya terbit dari taqdir-Nya sama ada yang baik atau yang buruk. Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 1/155. Sayyiduna Abdullah bin Umar R.Anh pernah ditanya tentang orang yang melakukan perbuatan buruk, mereka menjawab ianya dalam ilmu Allah, lalu beliau menjadi marah sambil mengatakan, "Demikian itu dalam ilmu Allah tetapi bukan ilmu Allah yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan buruk itu". Lihat Risalah fi al-Tawhid li al-Ta'i, 124. Maka Allah SWT mengetahui berdasarkan ilmu-Nya yang azali bahawa hamba-Nya akan memilih jalan-jalan yang pelbagai lalu Dia mempermudahkan pilihan mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang ingin mengangkat segelas air untuk disuakan ke mulutnya, perbuatan mengangkat gelas itu datang dari pilihan atau usahanya sendiri (al-kasb), manakala kuasa untuk mengangkat datang daripada sifat qudrat Allah SWT. Ini bermakna kuasa untuk memilih tetap berada pada tangan seseorang hamba sama ada mahu memilih perbuatan baik atau jahat, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan syurga atau neraka. Rujuk perbahasan ini dalam Muqaddimah Manahij al-Adillah, 108; Usul al-Din, 133-134; Tawali’ al-Anwar, 200. Berasaskan prinsip ini, pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tidak membenarkan kita menyandarkan sesuatu yang buruk kepada Allah SWT sebagai adab kita kepada-Nya. Ini kerana, setiap perkara yang buruk dan tidak sempurna itu secara langsungnya datang daripada kelemahan perbuatan atau tindakan manusia itu sendiri sekalipun pada hakikatnya ia tetap terjadi dengan iradah dan qudrah Allah SWT. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 79. مَّا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّـهِ ۖ وَمَا أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ فَمِن نَّفْسِكَ Maksudnya: “Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.” #onthisday #hidayahmilikallah #share #ForYouMalaysia #fypシ゚viral
Duration: 178 sPosted : Mon, 05 Feb 2024 08:24:24Views
240Daily-
Likes
46Daily-
Comments
3Daily-
Shares
0Daily-
ER
20.42%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more