TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by 💞Ummu Qadeeja💞. The video has now received more than 37 likes, 3 comments and 1 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
430Daily-
Likes
37Daily-
Comments
3Daily-
Shares
1Daily-
ER
9.53%Daily-
Latest Videos
Panjang sikit posting kali nie, bukan apa. Kita nie, semakin dikelilingi dengan bermacam fahaman. Risau semua nak ambil mudah. Wanita... Kalau betul-betul tadabbur, faham dan amal Al-Quran. Buat apa pun dia akan ubah ikut yang diperintahkan. Waima dalam bisnes, cara marketing pun akan berubah. Di media sosial, mudah dan lebih senang tersebar. Jagalah aurat, jagalah akhlak. Seluruh wanita ini aurat, SELURUH. Bukan tak boleh beriklan, bukan tak boleh buat marketing. Jaga hubungan dengan Allah nie bukan solat, mengaji buta-buta macam tue je. Hadam dan amal apa yang kita sedang buat. Jaga hubungan dengan manusia lebih-lebih orang yang kita sayang, orang yang sayang kita, kita takkan kecilkan hati mereka, kita berusaha untuk lakukan apa saja untuk mereka. Jaga hubungan dengan Allah? Cukup sekadar solat, solat sunat, puasa, sedekah? Macam mana aurat kita? Akhlak kita? Tingkah kita? Lengan aurat Leher aurat Kaki aurat Suara aurat Pakaian nampak lekuk tubuh itu aurat Memang perkara WAJIB itu, jalannya adalah PAKSAAN. Tutuplah, bertudunglah, labuhkanlah, longgarkanlah. Sebab, kita terlalu seronok dengan istilah "bekerjalah umpama 100 hari lagi, beribadah seperti esok tiada lagi.." Fahamkan, kita bekerja itu juga ibadah, jadi.. jangan buat apa yang dilarang olehNya. Di media sosial, limitkanlah keletah kita supaya tidak.menjadi habuan pandangan lelaki. Tak perlu pun nak update semua aktiviti, rezeki Allah dah tetapkan. Betul kena usaha, usahalah ikot jalanNya. Suara itu aurat, maksudnye bila menimbulkan fitnah. Apa tanda suara kita menimbulkan fitnah? Bila ada lelaki komen dengan puji-pujian contoh "Sedapnye suara..." sedangkan kita hanya bercakap. Apetah lagi menyanyi dan sebagainya yang mendayu-dayu. Selagi bercakap, takde lelaki komen macam tue, teruskanlah, tapi hati-hati. Kalau masih juga expose walaupun dah makin ramai yang memuji, tiada malulah kita dengan Allah. Jadi adakah itu menjaga hubungan dengan Allah? Wanita yang keluar rumah, untuk mencukupkan nafkah memang banyak kena jaga. Selangkah seorang wanita nie keluar dari rumah, syaitan akan menghiasinya. Tapi sekarang tak payah tunggu keluar rumah, cukup hp kat tangan. Ubah ayat "mencari nafkah" kepada "mencukupkan nafkah". Maksud mencukupkan adalah kalau kita tak buat, suami juga tak mampu nak bagi anak-anak makan. Itu mencukupkan. Selagi suami boleh bagi makan, pakai, tempat tinggal dan komitmen-komitmen lain Duduklah dirumah. Jika dah cukup, tapi masih rasa tak cukup sebab takde simpanan untuk beli kehendak, untuk kesana kemari, kat sinilah terjadinya titik tolak kita diuji dengan dunia. Alasan untuk mencukupkan nie banyak, termasuklah yang versi islamik. Silakan kalau itu menjadi keutamaan, tapi ingat sekali lagi. Ianya menjadi titik tolak kita diuji dengan dunia. 3 ciri wanita yang lapang dadanya, redha dengan rezeki didunia, fokus memperbaiki diri menjadi madrasah rumahtangga. 1) Ia merasa cukup dengan dunia 2) Dah mula fokus untuk kehidupan akhirat 3) Telah bersedia untuk kematian Kita ada ketiga-tiga atau belum bermula? Dunia semakin di penghujung, iman semakin tenat. 😭😭 Bengkel Jom Start Hijrah! pun beberapa hari je lagi sebelum menjelang Ramadhan. Jom la, buka buku baru, diri yang baru. Kita jalan sama-sama, istiqomah dalam bermujahadah hijrah nie. Bengkel-bengkel bisnes ilmu dunia kita berlambak pegi pun tak guna, kalau ilmu akhirat kita masih tak upgrade. LINK KAT BIO.
4.6K
353
12
💞Ummu Qadeeja💞
10 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more