Introduction: This is a tiktok video published by maklongkitchen. The video has now received more than 12.4K likes, 310 comments and 595 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Selamat tengahari semua😄 Panas betul cuaca kebelakangan ni😅 Bila cuaca panas macam ni, kita yang gemar memasak ni kena la cari inisiatif untuk memanfaatkan juadah yang kena dengan suhu cuaca kan? Teringat pulak Maklong pada jajan masa kecik dulu. Macam gula-gula klasik☺️ Jadi, disini Maklong kongsikan cara pembuatan Agar Agar Kering Berwarna-Warni❤️ Dibawah adalah ramuan dan tutorialnya. Agar-agar tali Gula pasir Gula batu Air Cecair pewarna (Boleh guna ikut perisa apa yang diminati) 1. Basuh agar-agar tali dengan bersih 2. Masukkan agar-agar kedalam periuk beserta air yang mencukupi dan masak sehingga cair. 3. Masukkan gula pasir dan gula batu lalu kacau sehingga cair. 4. Masukkan larutan agar-agar kedalam loyang dan campurkan dengan perisa/pewarna yang disukai. Kacau hingga warna sekata. 5. Biarkan hingga agar-agar keras kemudian boleh potong kecil-kecil. Kemudian jemur di tempat yang kering. 6. Kalau nak ekspres, memang kena gunakan mesin pengering komersial tapi Maklong guna cara dulu-dulu iaitu jemur bawah matahari☺️ Nota: Jemur 2 hari dah cukup cuma pastikan jangan kena hujan dan tanda-tanda dah cukup kering adalah ia tak melekat pada tangan. Semoga bermanfaat!
Duration: 92 sPosted : Thu, 29 Feb 2024 04:07:10Views
198.0KDaily-
Likes
12.4KDaily-
Comments
310Daily-
Shares
595Daily-
ER
6.72%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more