TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by SyedUwaisQorni. The video has now received more than 11 likes, 1 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
571Daily-
Likes
11Daily-
Comments
1Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.10%Daily-
Latest Videos
UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN “KEROHANIAN” 1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat. Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang. 2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari. 3. Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu. Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content! قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162] https://umrahdanhaji.com
200
6
0
SyedUwaisQorni
8 months ago
Replying to @azizikamal Ulama harus dipisahkan dari politik? Penjajah Belanda dah lama guna strategi ni. Ulama-ulama Melayu yang bermaustatin di Mekah mula menggunakan ibadah haji sebagai
medium untuk berhubung dengan masyarakat dari Alam Melayu bagi menyebarkan semangat
jihad menentang k4fir di Nusantara. Sebagai contoh, penentangan terhadap Belanda di
Indonesia daripada jemaah-jemaah haji yang baru selesai menunaikan haji melalui Pedir (nama
tempat di Aceh) yang berlangsung pada tahun 1821 dan dikenali sebagai Perang P4deri. Bahkan
pada tahun 1674, Sultan Haji dari Banten atau nama sebenarnya Sultan Abdul Qahar Banten
bersama-sama tokoh, seperti Maulana Yusof Makassar bangkit memimpin rakyat Banten
menentang penjajah Belanda.
Untuk mengatasi masalah tersebut, pihak Belanda terpaksa melaksanakan pelbagai undang-
undang. Antaranya, mewajibkan jemaah haji membuat pasport dengan bayaran tinggi dan
menghantar Snourk Hurgronje dengan berpura-pura memeluk Islam agar dapat berdampingan
dengan para ulama Melayu. Snourk Hurgronje berjaya menyiapkan laporannya Atjeh Verslag
yang diterbitkan pada tahun 1893 sebagai De Athjeher. Dalam isinya, beliau menyebut bahawa
ulama perlu diasingkan dari rakyat, memisahkan ulama dari politik, melahirkan ulama sekular, & menafikan kepimpinan ulama dalam masyarakat bagi mematahkan semangat perjuangan
rakyat.¹⁵ ¹⁵.Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhammad Ikhlas Rosele dan Nor Adina Abdul Kadir, “Dimensi Jihad
dalam Perjuangan Pahlawan Melayu Menentang Penjajah di Pahang,” Jurnal Antarabangsa Dunia
Melayu Jilid 10, no. 1,(Januari 2017), 96. Jurnal: Muhammad Zakwan A., et. al. / Online Journal of Research in Islamic Studies 6(3) (2019): 13-26 #aisuq #syeduwaisqorni #ilhamsuq #historysuq
732
23
2
SyedUwaisQorni
8 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more