TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by Khairilillham. The video has now received more than 109 likes, 2 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
3.3KDaily-
Likes
109Daily-
Comments
2Daily-
Shares
0Daily-
ER
3.33%Daily-
Latest Videos
[MAL VS AMAL] - Dajjal vs Zikir اللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد Pagi ini terasa ingin berkongsi dan menulis sesuatu yang saya dapat dari salah seorang guru saya ketika di Seremban, iaitu Ustaz Khairil Anwar Katanya : Manusia adanya Jasad & Roh, tubuh badan kita bergerak bukan disebabkan adanya Roh, tetapi adanya Tenaga. Ada orang mempunyai Roh, tetapi jasadnya kaku, contohnya orang kena Stroke, kerana apa? Tiada tenaga. Tenaga mempengaruhi jasad, bulu roma adalah pengesan tenaga Tenaga bagi Jasad adalah MAL (مال), termasuklah harta, makanan, duit, kereta dan sebagainya Tenaga bagi Roh adalah AMAL (عمل), termasuklah Solat, Zikir, Baca Al Quran, Qiamullail dan sebagainya Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita perbanyakkan AMAL, bukan banyakkan MAL, maksudnya Bulan Ramadhan bulan untuk kita melambakkan Amalan, bukan melambakkan Makanan. Kerana apa? Banyaknya MAL memberi kita kekuatan pada jasad, tetapi tidak pada tenaga. Contoh, ramai orang sibuk mencari harta, duit dan makanan, akhirnya bila sudah dapat, hanya memberi keselesaan, kekenyangan pada jasadnya sahaja, tetapi apa yang dia dapat hanyalah penat, kerana tenaganya kurang. Maka dengan itu bila sudah buka puasa, ramai tidak larat untuk beribadat, kerana banyaknya MAL. Negara Barat melambakkan manusia dengan MAL, semakin tinggi teknologi, semakin lemah manusia Contoh kedua, ramai orang ada yang sibuk pergi bersenam, pergi gym, minum protein, suplimen, segala macam ubat, hanya untuk mendapat kekuatan pada jasad, boleh mengangkat besi lebih dari 20 kg, tapi bila waktu subuh, belum tentu dia mampu mengangkat selimut yang beratnya tak sampai berapa kg. Akhirnya segala MAL yang dia ambil hanya memberi kekuatan pada jasad, tapi tidak memberi tenaga pada Roh (Peratusan boleh rujuk gambar) Adapun banyaknya AMAL memberi kita tenaga pada Roh, tetapi tidak pada jasad. Contoh, bila di siang hari bulan Ramadhan, kita menahan diri dari makan & minum, apa kesan daripada tidak makan & minum adalah banyaknya AMAL, walaupun jasad kita lemah, tetapi memberi tenaga kepada Roh untuk lebih beribadat. Bulan Ramadhan ramai orang sibuk dengan amalan, baca Al Quran, solat sunatnya, banyak bersedekah dan banyak lagi. Pegang kuat pada AMAL, ada kekuatan. Contoh kedua, dalam sebuah hadis ada disebutkan, sahabat meriwayatkan ketika Saidatina Aisyah Radhiyallahu 'anha melihat Rasulullah Shallallahu 'alahi wassalam beribadat malam sehingga kakinya bengkak, walaupun kaki baginda bengkak, tetapi lamanya ibadat baginda tidak memberi sedikit penat pun pada tenaga baginda walaupun kaki baginda bengkak. Contoh ketiga, berlaku Perang Badar di dalam bulan Ramadhan, bermakna sedang berpuasa, ketika itu tentera Islam berjumlah 300 lebih, manakala tentera kafir berjumlah 1000 lebih, apa yang menghairankan, kemenangan ketika itu berpihak pada tentera Islam, walaupun jumlahnya sedikit. Kemenangan itu bukanlah sebab ramainya tentera, bukan sebab kekuatan pada jasad, tambah pula berperang ketika sedang puasa, kemungkinan salah satu kemenangan itu adalah disebabkan kuatnya tenaga pada Roh, bukan pada Jasad. Sebagai contoh lagi, ingat tak Rasulullah pernah memberitahu kita dalam sebuah hadis shohih, diriwayatkan dari seorang sahabat yang maksudnya lebih kurang begini, "Setibanya dizaman Dajjal nanti, orang beriman ketika itu diuji dengan tidak mempunyai sumber makanan, laut kering, musim kemarau, maka ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah "Wahai Rasulullah, apakah makanan kami ketika itu", jawab baginda "makanan ketika itu adalah سبحان الله، الحمد لله، لا إله إلا الله، الله أكبر "Subhanallah, Alhamdulillah, La ila ha illallah, Allahu Akbar" Maksudnya, makanan ketika itu adalah AMAL, anjuran Rasulullah untuk kita banyakkan AMAL, kerana itulah makanan yang memberi tenaga pada Roh Sekadar itu perkongsian dari saya dari apa yang saya pernah dengar Wallahu a’lam #puasa #ramadhan
4.7K
268
9
Khairilillham
8 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more