TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by حانا. The video has now received more than 143 likes, 0 comments and 2 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
1.3KDaily-
Likes
143Daily-
Comments
0Daily-
Shares
2Daily-
ER
11.09%Daily-
Latest Videos
Bagaimana masa kita dimanfaatkan? (dipetik dari https://tadabburshares.wordpress.com) 1. Allah merakam ucapan orang-orang kafir dan orang-orang musyrikin Arab yang mengingkari hari kiamat. 2. Mengapa perkataan mati (نَمُوتُ) disebut dahulu kemudian baru perkataan hidup (نَحۡيَا)? Ini kerana mereka beranggapan manusia itu awalnya tidak bernyawa (sebelum ditiupkan ruh) dan hidup itu merujuk kepada kehidupan di dunia dan tidak ada kehidupan lain selepasnya. Disebabkan pegangan sebegini hidup mereka dipenuhi dengan hal-hal keduniaan, sentiasa mencari-cari keseronokan dan hiburan sehingga tanpa sedar mereka telah jauh dari agama namun tidak mengakuinya. 3. Inilah gambaran masyarakat yang tertipu dengan kesenangan yang sementara, menghabiskan masa dengan mengejar hal-hal material sehingga mereka dengan angkuh berkata: Tidak ada yang membinasakan kami selain masa (وَمَا يُهۡلِكُنَآ إِلَّا ٱلدَّهۡرُۚ). Mereka mencela masa kerana menurut mereka masa itulah sumber segala musibah. Walhal Allahlah pencipta masa dan yang mengizinkan sesuatu berlaku. 4. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta Abu Dawud dan an-Nasa-i, dari Abu Hurairah ia bercerita: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ يُؤْذِينِى ابْنُ آدَمَ يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ Allah Ta’ala berfirman: "Anak Adam telah menyakiti-Ku, dia suka mencela masa. Padahal Akulah pencipta masa. Akulah yang menggilir siang dan malam” 5. Allah menyangkal kedua-dua dakwaan mereka. Dakwaan mereka itu hanya sekadar sangkaan yang samar dan lemah, bukan atas dasar pencarian ilmu untuk memahami hakikat sebenar. 6. Mereka sendiri meragui pendirian mereka tentang hakikat kehidupan yang sekadar bertujuan untuk dihabiskan masa. Jika begitu, apa beza kita dengan binatang? Kenapa manusia diberikan akal dan nafsu? Mereka sendiri tidak dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan yang mereka cetuskan sendiri. 7. Muhasabah kembali diri kita. Dimanakah kebanyakkan masa-masa kita dihabiskan? Mendengar musik atau mendengar alunan Al-Quran? Mencari-cari gossip atau mentadabbur Al-Quran? Kita perlu sedar akan matlamat hidup yang sebenar Ingatlah bahawa dunia untuk beribadat, akhirat itu negeri abadi. Firman Allah dalam surah Az-Dzariyat ayat 56: وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ ٥٦ “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” 8. Kita ada peluang untuk mencorak kehidupan sendiri. Persoalannya corak yang bagaimana kita mahukan, seperti Ashabul Kahfi yang menghadapi pelbagai rintangan mencari redha tuhan atau anak Nabi Nuh yang penuh keseronokan tetapi akhirnya ditenggelamkan kelaut bersama nafsu dan keangkuhan. Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir Tafsir Tahrir Wa Tanwir Tafsir Al-Azhar
146
13
1
حانا
10 months ago
📝Tadabbur Surah Al-Anbiya' ayat 37 Entah mengapa hari ini ayat ini, sungguh...menusuk di hati sebab terkadang apabila mahukan sesuatu pasti nak cepat. Sabar...Allah tak bagi hari ini mungkin ia tak baik bagi kita, Allah tangguh dahulu dan Dia Maha Pemberi (الوهاب) ketika mana tepat waktunya. Allah swt tidak menyukai sifat tergesa ini dan kita perlu berusaha untuk menghindarinya kecuali pada perkara-perkara yang dibenarkan syariat (seperti segera berbuka puasa, segera solat awal waktu, segera kahwin dan lain- lain). Islam menyukai manusia yang tenang, sabar dan tidak terburu-buru. Rasulullah saw bersabda kepada salah seorang sahabat: إِنَّ فِيْكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالأَنَاةُ ”Sesungguhnya kamu mempunyai dua akhlak yang sangat dicintai Allah dan RasulNya, iaitu sifat al-hilm (mampu menahan marah) dan al-anah (sikap tenang dan tidak tergesa-gesa)” (HR Muslim) Yahya bin Aktsam pernah bercerita bahawa suatu hari khalifah Harun ar-Rasyid ingin melantik seorang hakim. Orang yang dilantik itu pun berkata: “Sesungguhnya saya tidak layak menjadi hakim dan saya juga tidak faqih (tidak alim ilmu fiqh)”. Harun ar-Rasyid pun berkata: “Pada dirimu terdapat tiga keutamaan. Engkau memiliki kehormatan. Kehormatan akan menghindarkan orang yang memilikinya dari kerendahan. Engkau memiliki hilm (ketenangan dan kesabaran). Hilm (ketenangan dan kesabaran) akan menghindarkan orang yang memilikinya dari ketergesa-gesaan. Barang siapa yang tidak tergesa-gesa, maka kesalahannya akan sangat sedikit. Engkau selalu bermusyawarah pada semua urusanmu. Barangsiapa yang bermusyawarah, maka akan banyak benarnya. Adapun permasalah fiqh (fekah) kami akan mengumpulkan orang-orang yang telah mempelajarinya bersamamu" Kemudian Yahya bin Aktsam pun berkata: “Setelah itu dia pun dilantik menjadi hakim dan kami tidak mendapatkan celaan/kritikan pada dirinya” 💖Tergesa-gesa adalah tabiat yang harus dihindari. Jadilah manusia yang tenang dan berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan. Semoga kita sentiasa diberi petunjuk dan bimbingan oelh Allah swt💖 Rujukan Channel Telegram: https://t.me/tadabburkalamullah
958
69
1
حانا
11 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more