Introduction: This is a tiktok video published by rcpublication. The video has now received more than 25 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
“Rian,” panggil Adif di sebalik gril besi pintu rumahku. Aku sempat terbuai tetapi cepat-cepat aku sedarkan diriku dengan siapa aku berhadapan ketika ini. Tergesa-gesa aku menutup pintu apabila tersedar ke alam realiti dan tangan Adif lebih cepat menahan daun pintu daripada terkatup rapat. Aku buka semula pintu rumah. Alah, bukan dia dapat buat apa pun dengan gril besi yang berkunci ni. “I saw your smile. Kenapa?” Berombak perasaanku ketika menatap lelaki itu biarpun cuma beberapa saat. “Kenapa, apa?” “Kenapa senyum?” Aku ketap bibir. Adif bertanya tetapi mukanya serius aje, langsung tiada perasaan. Kaku dan kayu! Itu persoalan pertama yang dia nak tanya setelah berhari-hari tidak memunculkan diri. Ayat yang menggambarkan dia sedang memprovokasiku, mengada-adakan perasaanku supaya dia boleh membaca apa yang tersirat di hatiku. Dengar sini Encik Adif, aku sendiri cuba menyimpan perasaanku kemas-kemas supaya aku tidak terasa bahangnya jadi untuk apa menguji perasaanku sedangkan kau adalah punca segala-galanya? “Tak tahu pula senyum tu satu kesalahan?” Riak Adif masih selamba. “Rian...” Aku membekukan diri, tidak mahu berlembut walaupun hati ini sudah ditimpa rasa bersalah yang amat kerana mesej yang dia kirimkan tempoh hari. Tapi teringatkan tindakan dia yang tiba-tiba senyap tanpa khabar berita membuatkan aku nanar semula. Marah kerana terpaksa bertemankan perasaan yang tidak-tidak sedangkan dia sedap-sedap menghilangkan diri begitu sahaja. “Rindu abang?” Aku mencebik. “Nak buat apa rindu?” “Kalau tak rindu bagi abang masuk.” Adif menggegarkan besi yang menghalangnya daripada memasuki rumah ni. Aku membulatkan mata. “Ab... Awak dah gila?” soalku separuh cuak. Hampir tersasul memanggilnya ‘abang’. “Kalau tak cinta biarkan abang masuk dan kita berbincang dari hati ke hati.” Dia cabar aku. Dia fikir aku ni Farhan ke tak dapat faham trick dia? “Kita bincang kat sini aje.” “Maknanya Rian masih sayang dan cintakan abanglah ni. Rian takut nak bagi abang masuk sebab Rian memang ada hati kat abang.” Adif buat spekulasi sendiri. #dihatikuadakamu #mysiswaplace #voucherbukuipt #booktok
Duration: 10 sPosted : Sat, 02 Nov 2024 03:48:50Views
1.1KDaily-
Likes
25Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
2.19%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more