Introduction: This is a tiktok video published by Toxic Pro Shop. The video has now received more than 161 likes, 4 comments and 5 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
TOXIC EVA JIGGING ROD Sebelum terciptanya teknik slow jigging, semua rod tidak kira jigging atau casting masing-masing terdapat EVA untuk melindungi handlenya daripada kerosakan secara tidak sengaja. Sehinggalah teknik slow jigging diperkenalkan, design rod slow jigging telah sengaja mengabaikan EVA untuk memenuhi permintaan teknik slow jigging yang amat berbeza dengan teknik fast jigging. Dengan teknik slow jiggling, ikan sambar jig ketika jig dalam keadaan tenggelam dan mempamirkan aksi seperti ikan kecil yang tercedera. (Teknik yang bertentangan dengan fast jigging di mana ikan menyambar jig ketika jig sedang dihenjut naik ke atas). Ternyata sambaran ikan amat sukar di dikesan dalam keadaan seperti ini. Justeru EVA telah dikecualikan supaya pemancing dapat mengesan sebarang isyarat ikan menyambar jig melalui sentuhan lengan dengan blank rod yang terbongkar Berasaskan konsep seperti yang dinyatakan di atas, EVA rod slow jigging terpaksa dikecualikan kerana ia telah menjadi penghalang isyarat ikan menyambar jig sehingga pemancing tidak sempat melakukan sentakan. Rod Toxic adalah rod fast jigging yang tulin. EVA foam telah digunakan sejak rod pertama kami dikeluarkan. Selain melindungi rod daripada kerosakan atau calar yang tidak diingini, EVA foam juga dapat melindungi ketiak anda daripada geseran apabila fast jigging. Lepas jigging pacak saja di rod holder pun tak takut rosak kan? 😅 “Apa itu EVA? EVA foam, or ethylene-vinyl acetate foam, is a versatile, flexible, and soft foam material with rubber-like properties. It has a closed-cell structure and is resistant to chemicals, moisture, and shock. EVA foam is also strong at low temperatures, UV radiation resistant, and has waterproof hot-melt adhesive properties.”
Duration: 118 sPosted : Tue, 05 Nov 2024 04:18:09Views
5.7KDaily-
Likes
161Daily-
Comments
4Daily-
Shares
5Daily-
ER
3.00%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more