TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by Paisahey. The video has now received more than 6 likes, 0 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
123Daily-
Likes
6Daily-
Comments
0Daily-
Shares
0Daily-
ER
4.88%Daily-
Latest Videos
#Isu komen āhamā persenda nabi, Jakim akan panggil Harith Iskander -22 Jan 2025, 11:50 PM Pelawak itu memuat naik hantaran seloroh berkaitan āhamā dan ada komen daripada seorang pengguna dilihat persenda nama Nabi Muhammad. Ketua Pengarah Jakim Sirajudin Suhaimee berkata pihaknya bekerjasama dengan SKMM bagi mengenakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan itu. PETALING JAYA:Ā Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil pelawak Harith Iskander berkait hantaran di media sosial dan isu komen āhamā yang disamakan dengan Nabi Muhammad. Ketua Pengarah Sirajudin Suhaimee berkata pihaknya telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut, termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan. āSemua pihak diminta bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. āJakim tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang tindakan yang mempersendakan ajaran Islam dan menyinggung sensitiviti umat Islam serta menyeru semua pihak mengamalkan sifat hormat dan bertoleransi dalam kehidupan bermasyarakat,ā katanya dalam kenyataan. Katanya, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan negara harus dihormati setiap masa. Pada 20 Jan, selebriti Shahrol Azizie Azmi atau dikenali sebagai Shahrol Shiro membuat laporan polis berkait hantaran media sosial dimuat naik Harith. Dalam laporan dikongsi di Facebook, Shahrol juga membuat aduan terhadap seorang individu dikenali Cecelia Yap Song KL. Shahrol menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan, sambil mendakwa hantaran Harith dan komen Cecelia, menghina kesucian Islam dan mempermainkan nama Nabi Muhammad. Minggu lalu, dalam hantaran Facebook, Harith secara berseloroh menyatakan āiman tergugatā apabila beliau mempertimbangkan untuk menikmati āHam Sap Kopiā. Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic āham & cheeseā didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk tersebut dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya.
92
5
0
Paisahey
1 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more