Introduction: This is a tiktok video published by AinNur Book. The video has now received more than 11 likes, 2 comments and 0 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Diangkat sebagai isteri dan dicintai selayaknya oleh seorang lelaki bergelar suami merupakan hal terbaik yang berlaku dalam hidup NUR SABRINA. Hasil perkongsian hidupnya bersama DAZRIN ARMANSYAH, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata pelengkap keluarga. Cukup dengan itu saja, Sabrina merasakan hidupnya lengkap dan serba-serbi sempurna. Bahagia yang dirasai di saat bergelar isteri tiba-tiba musnah dalam sekelip mata angkara orang ketiga. Tidak diketahui apa puncanya, lelaki yang sama yang pernah menjanjikan bulan dan bintang akhirnya tega berlaku kejam ke atas dirinya. Dia diduakan. “Abang nak tamatkan hubungan kita?” – SABRINA. “Saya akan gantung awak tak bertali,” – DAZRIN. Dunia Sabrina kelam berselubung derita apabila cinta dan setianya dikhianati sang suami. Namun, tatkala semuanya terbongkar, Sabrina tidak menyangka bahawa dialah yang menjadi punca kepada kemelut yang hampir saja meruntuhkan mahligai syurganya. “Abang minta maaf…” – DAZRIN. Apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rumah tangga Dazrin dan Sabrina? “Awak memang perempuan yang tak kenang budi. Awak pembelot!” – SABRINA. Siapakah ‘dia’? Dan, apakah sebenarnya niat ‘dia’ yang tiba-tiba muncul menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga mereka berdua? #booklovers #wattpad #wattpadmalay #malaywattpad #recommendation #novelmelayu #novel #video #fyp #fypシ #fictionalcharacters #bookish #novelviral #booktokmalaysia #cikmardiah #herchosenone
Duration: 20 sPosted : Wed, 25 Dec 2024 03:27:30Views
156Daily-
Likes
11Daily-
Comments
2Daily-
Shares
0Daily-
ER
8.33%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more