Introduction: This is a tiktok video published by Reko. The video has now received more than 172 likes, 3 comments and 7 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Perikatan Nasional (PN) memandang serius isu berkaitan pemansuhan pencen penjawat awam dan kerajaan digesa memberikan perhatian sewajarnya dalam hal tersebut dengan menyediakan penyelesaian tuntas dalam menjaga kebajikan penjawat awam khususnya pesara. Kerajaan Campuran hari ini tidak ada pendirian tetap atau ‘flip flop’ dalam membuat keputusan berkaitan hal pencen penjawat awam. Ini dapat dilihat apabila pada peringkat awalnya kerajaan sudah mempunyai keputusan tetapi ia dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menyatakan bahawa keputusan tersebut masih di peringkat cadangan dan kajian. Pihak kerajaan harus sedar bahawa ia sudah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan perlindungan dan menjaga kebajikan khususnya kepada penjawat awam yang bersumpah setia membanting tenaga kepakaran dan keringat demi untuk negara tercinta. PN memandang serius hal berkait pencen pesara penjawat awam kerana ia sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Harus ditekankan bahawa golongan penjawat awam seperti polis, askar, petugas kesihatan tidak boleh berstatus kontrak dan tidak tetap. Ini adalah kerana peranan serta tanggungjawab mereka untuk menjaga negara sangat diperlukan serta mengambil kira tenaga keringat yang dikerahkan demi berkhidmat untuk negara. Dalam perkembangan sama, PN juga mempersoalkan apakah nasib yang bakal menimpa penjawat awam yang berstatus kontrak? Sistem keselamatan sosial disediakan untuk pekerja swasta menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Namun untuk penjawat awam berstatus kontrak, kerajaan belum lagi menyatakan secara jelas dan menyeluruh. Sudahlah dikerah tenaga tetapi rintihan mereka langsung tidak dihiraukan kerajaan. Kerajaan perlu sedar bahawa pencen adalah jaminan bekalan kewangan seumur hidup selepas bersara. Selepas bersara, mereka akan menerima pencen untuk perbelanjaan seharian yang pada masa sama akan menyumbang kepada kitaran ekonomi negara. Kerajaan mungkin terlupa bahawa sebahagian besar pesara berpencen adalah daripada kalangan orang Melayu. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan orang melayu, bumiputera tanpa mengabaikan kepentingan bangsa-bangsa lain dalam negara. Dalam perkembangan sama, kerajaan sepatutnya mengkaji aspek penambahbaikan skim pencen untuk pesara penjawat awam dan meningkatkan keterangkuman skim pencen agar lebih sustainable dan competitive seiring dengan perkembangan semasa termasuk mencari sumber pendapatan baharu bagi menampung keperluan skim pencen. Ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ‘spill over effect’ akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada malah ia memastikan kitaran ekonomi positif di samping menjaga kebajikan pesara seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Yang Berhormat Datuk Haji Awang Hashim Ahli Parlimen Pendang Ketua Portfolio Sumber Manusia PN 17 Februari 2024
Duration: 0 sPosted : Sat, 17 Feb 2024 12:42:53Views
5.6KDaily-
Likes
172Daily-
Comments
3Daily-
Shares
7Daily-
ER
3.27%Daily-
Latest Videos
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more