TikTok E-commerce Data Analytics, Choose Tikmeta
Get Started
Introduction: This is a tiktok video published by Reko. The video has now received more than 158 likes, 6 comments and 6 shares. It is deeply loved by fans. The following is the specific data and similar videos. Address, you can complete the operation on this page by clicking play or bookmarking the video.
Views
2.5KDaily-
Likes
158Daily-
Comments
6Daily-
Shares
6Daily-
ER
6.75%Daily-
Latest Videos
1. Setelah Mahkamah membatalkan 16 peruntukan kesalahan jenayah Syariah dalam kes Nik Elin, kerajaan Perpaduan begitu risau dengan reaksi umat Islam yang bimbangkan kedudukan Mahkamah Syariah yang dilihat seperti terhakis bidang kuasanya. 2. Tidak hairanlah, Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki sehingga mengeluarkan kenyataan yang mahukan agar Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan di bawah Kerajaan Perpaduan untuk mengesyorkan kepada Majlis Raja-Raja dan kerajaan agar menaik-taraf Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. 3. Selaku mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang dipertanggungjawab untuk membantu usaha-usaha memperkasa Mahkamah Syariah sebelum ini, saya boleh mengesahkan bahawa isu bidang kuasa Mahkamah Syariah telah dikaji secara komprehensif dan draf RUU 355 juga telah disiapkan dengan sempurna walaupun dalam keadaan negara diuji dengan pandemik Covid-19 dan ketidakstabilan politik. 4. Draf RUU 355 ini telah dibentang kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Kali ke-27 pada 11 hingga 12 Oktober 2021 serta telah melalui segala proses penggubalan mengikut tertib yang sepatutnya. 5. Sekiranya Kerajaan Perpaduan serius ingin memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah, saya mencadangkan agar Kerajaan boleh terus mengguna pakai draf RUU 355 yang sudah disiapkan sebelum ini agar proses penggubalan tidak perlu bermula daripada peringkat awal semula, sementelah ia akan melibatkan pihak-pihak berkepentingan yang sama. 6. Draf RUU 355 yang ada sebelum ini telah pun disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022 dan sepatutnya sudah sedia untuk dibawa ke Parlimen pada bila-bila masa. Soalan saya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekarang, Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, di manakah sebenarnya draft RUU 355 itu sekarang dan apakah kerajaan akan meneruskan usaha yang telah dimulakan oleh PAS sebelum ini? 7. Sehingga ke hari ini, kita masih belum melihat tanda-tanda daripada Kerajaan berhubung komitmen mereka untuk membentangkan RUU 355 ini di Parlimen. Justeru, saya menyeru UMNO agar memainkan peranan yang serius untuk mengangkat agenda ini, atau akan terus dilihat rakyat sebagai lemah dan hanya mengikut telunjuk DAP dalam gabungan kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini. YB Datuk Dr. Ahmad Marzuk Bin Shaary Ahli Parlimen Pengkalan Chepa 16 Februari 2024
1.5K
76
5
Reko
10 months ago
Perikatan Nasional (PN) memandang serius isu berkaitan pemansuhan pencen penjawat awam dan kerajaan digesa memberikan perhatian sewajarnya dalam hal tersebut dengan menyediakan penyelesaian tuntas dalam menjaga kebajikan penjawat awam khususnya pesara. Kerajaan Campuran hari ini tidak ada pendirian tetap atau ‘flip flop’ dalam membuat keputusan berkaitan hal pencen penjawat awam. Ini dapat dilihat apabila pada peringkat awalnya kerajaan sudah mempunyai keputusan tetapi ia dinafikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan menyatakan bahawa keputusan tersebut masih di peringkat cadangan dan kajian. Pihak kerajaan harus sedar bahawa ia sudah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan perlindungan dan menjaga kebajikan khususnya kepada penjawat awam yang bersumpah setia membanting tenaga kepakaran dan keringat demi untuk negara tercinta. PN memandang serius hal berkait pencen pesara penjawat awam kerana ia sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Harus ditekankan bahawa golongan penjawat awam seperti polis, askar, petugas kesihatan tidak boleh berstatus kontrak dan tidak tetap. Ini adalah kerana peranan serta tanggungjawab mereka untuk menjaga negara sangat diperlukan serta mengambil kira tenaga keringat yang dikerahkan demi berkhidmat untuk negara. Dalam perkembangan sama, PN juga mempersoalkan apakah nasib yang bakal menimpa penjawat awam yang berstatus kontrak? Sistem keselamatan sosial disediakan untuk pekerja swasta menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Namun untuk penjawat awam berstatus kontrak, kerajaan belum lagi menyatakan secara jelas dan menyeluruh. Sudahlah dikerah tenaga tetapi rintihan mereka langsung tidak dihiraukan kerajaan. Kerajaan perlu sedar bahawa pencen adalah jaminan bekalan kewangan seumur hidup selepas bersara. Selepas bersara, mereka akan menerima pencen untuk perbelanjaan seharian yang pada masa sama akan menyumbang kepada kitaran ekonomi negara. Kerajaan mungkin terlupa bahawa sebahagian besar pesara berpencen adalah daripada kalangan orang Melayu. Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan orang melayu, bumiputera tanpa mengabaikan kepentingan bangsa-bangsa lain dalam negara. Dalam perkembangan sama, kerajaan sepatutnya mengkaji aspek penambahbaikan skim pencen untuk pesara penjawat awam dan meningkatkan keterangkuman skim pencen agar lebih sustainable dan competitive seiring dengan perkembangan semasa termasuk mencari sumber pendapatan baharu bagi menampung keperluan skim pencen. Ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ‘spill over effect’ akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada malah ia memastikan kitaran ekonomi positif di samping menjaga kebajikan pesara seterusnya menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Yang Berhormat Datuk Haji Awang Hashim Ahli Parlimen Pendang Ketua Portfolio Sumber Manusia PN 17 Februari 2024
5.6K
172
3
Reko
10 months ago
Similar Videos
Watch moreMore Videos
Watch more